Siapa yang tidak kenal dengan pelakon kanak-kanak yang sangat berbakat, Puteri Balqis Azizi? Bakat lakonan pelakon berusia 11 tahun ini cukup menyerlah dan tidak keterlaluan jika dikatakan dia sebagai pelakon kanak-kanak Malaysia yang paling berbakat.
Pagi ini, peminat dikejutkan dengan berita bahawa pelakon yang mesra dengan sapaan Aqish ini kini sedang terlantar sakit. Berita itu disampaikan sendiri oleh ahli keluarganya, dipercayai ibu Aqish yang menyatakan yang sakit anaknya itu semakin kurang dan sedang menunggu rawatan selanjutnya.
Foto: IG Puteri Balqis
Foto: IG Puteri Balqis
Ibunya juga turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengambil berat mengenai anaknya itu.
Foto: IG Puteri Balqis
Asyik muntah darah dan pengsan..
Foto: IG Puteri Balqis
Walaupun tidak dapat dipastikan lagi sakit sebenar yang dihidapi oleh Aqish, peminatnya tetap berdoa semoga dia diberi kesembuhan dengan cepat.
Foto: IG Puteri Balqis
Dalam pada itu, ibu Aqish turut memuat naik status yang seakan-akan menggambarkan betapa dia mengagumi semangat yang ditunjukkan oleh anak kesayangannya itu.
Foto: IG Ibu Puteri Balqis
Sama-samalah kita mendokan semoga adik Aqish sembuh dari penyakitnya dan dipermudahkan segala urusan. -CARI |