CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2098|Reply: 7

Pengetua Sempoi, Siap Tunggu Pelajar Di Sekolah Ketika Cuti Umum PRU14

[Copy link]
Post time 11-5-2018 10:11 AM | Show all posts |Read mode
Sebelum berlakunya Pilihan Raya Umum ke-14, Pakatan Harapan (PH) berjanji akan memberikan cuti umum sebanyak dua hari sekiranya mereka memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Jadi, seperti yang dijanjikan, rakyat Malaysia diberikan cuti tambahan pada 10 hingga 11 Mei ini selepas PH diberi mandat untuk membentuk kerajaan.




Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang tidak tahu atau mungkin keliru tentang cuti umum yang telah diuar-uarkan. Seorang pengguna twitter, Rizal Sadiman menaikkan status tentang beberapa orang pelajar di sekolahnya yang telah datang ke sekolah seperti biasa. Yang menariknya, guru besar sekolahnya juga datang ke sekolah kerana risau sekiranya ada dalam kalangan pelajarnya yang ke sekolah pada cuti umum tersebut dan bermurah hati memberi duit ‘raya’ atas kerajinan mereka.








Netizen memuji tindakan guru besar sekolah itu yang sangat prihatin tentang para pelajarnya. Ada komen yang mengatakan ia patut dicontohi oleh guru-guru lain.




Netizen yang sudah tamat sekolah juga merindukan zaman persekolahan mereka. Malah, ada juga netizen berseloroh mahu ke sekolah pada cuti umum jika mereka juga boleh mendapat duit ‘raya’ seperti pelajar sekolah tersebut.








Memang seronok jika mempunyai guru yang mesra dengan para pelajar. Apa-apa pun, kalian yang masih bersekolah itu datanglah ke sekolah kerana ikhlas untuk belajar dan menghormati guru kalian. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2018 11:04 AM | Show all posts
Alolo omeynya..hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2018 11:52 AM | Show all posts
cikgu laki mmg kebanyakannya sempoi
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2018 07:16 PM | Show all posts
jujur bdk2 ni

mmg aku jupe ada kalangan bdk2, yg rumahnya serba kkurangan, walaupun tv ada, tapi tk buka,   tkde smatpon, cuma hanya rumah aja.
mak ayah letih, tido awal,
so anak pn sama sebab sangka esok skolah

bukan takat jujur, pastinya bdk2 ni anak yg baik, bakal jadi menantu yg baik gak ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 10:21 AM | Show all posts
aku tak tau sekolah lain macam mana tapi sekolah anak aku setiap hari akan ada sorang atau lebih cikgu/guru besar akan tunggu murid datang sekolah. semua murid yang masuk sekolah akan bersalam dulu dengan cikgu.
aku juga kagum dengan cikgu & murid bangsa lain (selain melayu) yang dah biasa dengan bersalam sambil cium tangan/tundukkan sedikit badan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 11:35 AM | Show all posts
guru besar terbaikk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2018 12:17 PM | Show all posts
Seronok dapat baca cerita sebegini baru hubungan guru dan murid jadi baik
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 01:11 PM | Show all posts
waaa....terharu nya
baiknyaaa cikgu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.059322 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list