Hanya kerana terkencing dalam seluar, seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari motosikal akibat ditolak bapanya.
Hasan (dua dari kanan) disoal siasat polis
Memetik Tribun News, kejadian bermula pada malam Jumaat lalu apabila Hasan Basri, 29, yang tinggal di Timbuseng, Pattalasang di Gowa, Indonesia berang selepas mangsa, Abdul Mufid terkencing hingga terkena seluarnya.
Gagal mengawal marahnya, Hasan mencubit tubuh anaknya beberapa kali selain mengigit pipi mangsa hingga berdarah.
Keesokan paginya, Hasan membawa mangsa bersiar-siar menaiki motosikal dan pulang menjelang senja.
Bagaimanapun, Hasan pulang membawa anaknya dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan bola mata memandang ke atas serta lebam di muka.
Foto: Tribun News
Mangsa dikejarkan ke hospital, namun gagal diselamatkan.
Siasatan awal polis mendapati Hasan mendakwa anaknya terjatuh dari motosikal selepas dia membrek secara mengejut.
Polis kemudian menahan suspek selepas berasa curiga dengan kenyataannya memandangkan tubuh mangsa dipenuhi kesan luka dan lebam.
Ketika soal siasat, Hasan akhirnya mengaku dia sengaja menolak anaknya dari motosikal kerana berang mangsa terkencing hingga terkena seluarnya.
Menurut jurucakap polis, siasatan menyeluruh masih dijalankan. - CARI |