Bagaimana mahu melihat wajah ibu dan nenek kita ketika kecil? Tentulah menerusi album-album gambar lama, yang menyimpan memori suka duka terutamanya foto ketika kecil dahulu.
Ikon fesyen, Neelofa tidak terlepas daripada mengimbau memori indah dirinya bersama keluarga.
Ibu Neelofa. Foto: IG Neelofa
Ibu Neelofa. Foto: IG Neelofa
Nenek Neelofa. Foto: IG Neelofa
Semalam, Neelofa telah memuatnaik beberapa ‘story’ dan foto di akaun instgram miliknya berkongsikan kemanisan memori ketika dia dan ibunya kecil dahulu. Apa yang menarik perhatian adalah foto nenek dan ibunya, Noor Kartini dari kecil sehingga dewasa.
Rata-rata netizen bersetuju ibu dan nenek Neelofa mempunyai bentuk tubuh seperti model.
Neelofa. Foto: IG Neelofa
Ibu dan nenek Neelofa juga telah menunjukkan gaya comel ketika beraksi di hadapan kamera. Dan boleh dikatakan kesemua ahli keluarga Neelofa mempunyai wajah anggun jelita. Foto yang menunjukkan ‘OOTD” neneknya juga mencuri perhatian Neelofa dan mengakui neneknya pandai bergaya.
Wah, mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Lihatlah imej yang dipertontonkan oleh Neelofa, pasti lain dari lain dan menjadi tumpuan netizen. Darah kacukan yang dimiliki oleh keluarga ini juga memberikan kelebihan untuk mereka kelihatan jelita menyarung apa sahaja persalinan.
Tidak hairanlah keluarga Neelofa digelar seperti the Kardashians kerana memiliki ahli keluarga yang jelita serta gaya hidup mewah dan moden. - CARI |