|
Lagu Lodeh Mak Lodeh nyanyian Anita Sarawak memang bukan senang untuk dibawa.
Selain rentaknya yang pantas, penyanyinya juga perlu menari sekaligus membuat mimik muka kelakar bagi menjayakan lagu tersebut. Pastinya Kak Nita antara diva yang tak boleh diupakan.
Namun, apabila penyanyi baru, Azira Shafinaz menarikan lagu ini (nyanyian asal masih Anita), lagaknya sangat menghiburkan penonton program Drop The Beat di NTV7.
Penampilannya yang berkebaya labuh dan berkain sarung atas lutut, bercermin mata antara permulaan versi baru bagi lagu ini. Apatah lagi tariannya yang energetik sangat menarik perhatian. Cuba lihat klip ini.
Ya, ramai sangat menyukainya dengan komen netizen di IG Azira sendiri. Maklumlah, untuk menepati karektor lagu ini, Azira menyelak sedikit kainnya ketika lirik berbunyi "pakai baju labuh, seluar longgar hampir terlondeh"
Bagi yang belum mengenali, Azira tidaklah terlalu baru dalam industri seni, dia bersama 2 rakannya lagi, Cik Manggis dan Sophia Liana menubuhkan grup sendiri iaitu De Fam yang popular dengan lagu Supergirls pada tahun 2015. Dia juga berlakon dalam beberapa buah drama serta menjadi pengacara.
Foto Carian internet
Nampaknya tarian yang menghiburkan tersebut berjaya melayakkan Azira ke pusingan akhir bersama tiga lagi peserta iaitu Izzue Islam, Mark Adam dan Sweet Qistina. Pasti ramai peminat tidak sabar untuk melihat pertarungan yang sengit ini. - CARI
|
|