Menjelang 9 Mei ini, bukan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sahaja menjadi topik hangat di kalangan netizen.
Konsert Bruno Mars yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil juga jatuh pada tarikh sama. Maka, berebut-rebutlah peminat tegar mendapatkan tiket Bruno Mars Live in Kuala Lumpur itu.
Malangnya, ada pihak mengambil kesempatan itu untuk cuba menjualnya semula menerusi laman sesawang StubHub dengan harga yang tidak masuk dek akal.
Ya! Memang tidak boleh diterima akal sihat apabila dia cuba menjual tiket itu pada harga RM18,000!
Menurut individu terbabit, dia hanya membantu rakannya untuk menjual semula tiket berkenaan memandangkan rakannya tidak dapat menghadiri konsert itu.
Harga boleh runding
Posting itu menerima pelbagai reaksi pengguna Twitter yang rata-rata mengecam tindakan individu terbabit.
Apa yang beza sangat tiket tu?
"Jual tiket harga RM18 ribu, apa gila margin yahudi pun kalah," komen netizen.
Berdasarkan hasil risikan netizen, paling mahal pun tiket berkenaan dijual pada RM2,800! Jauh sangat bezanya!
Dengar sajalah Bruno Mars di Youtube, Joox atau Spotify
Apa yang melucukan, individu terbabit kemudian menukar status tiket berkenaan kepada 'sold out' dipercayai kerana malu dirinya sudah terkantoi.
Foto: Twitter
Aduhai, memang tak boleh nak hadam kalau ada yang sanggup membelinya juga. Daripada berhabis beribu ringgit untuk melihat konsert, lebih baik RM18 ribu itu digunakan bagi tujuan lain yang lebih bermanfaat. - CARI
|