View: 5613|Reply: 31
|
Melancong 'Oversea' Pun Salah, Habis Tu Nak Suruh Jadi Katak Bawah Tempurung?
[Copy link]
|
|
Melancong ke luar negara adalah idaman ramai kaki jalan. Ada yang sanggup menabung dan mengikat perut selama setahun demi mencapai impian mengembara ke destinasi pilihan. Segala perancangan di rangka sebaik mungkin, dari segi pembelian tiket kapal terbang, hotel atau hostel, tempat menarik, makanan dan sebagainya. Semua itu memberi kepuasan yang hanya diri sendiri sahaja tahu apabila sampai ke tempat yang dituju.
Namun, apabila ada yang mempertikaikan perkara tersebut yakni menyatakan jumlah rakyat Malaysia melancong ke luar negara tidak baik kerana ia membabitkan pengaliran wang keluar, ia menimbulkan pelbagai pendapat.
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermiyati Samsudin mengulas statistik Jabatan Perangkaan Malaysia yang menyatakan rakyat Malaysia berbelanja kira-kira RM270 bilion untuk bercuti di dalam negara manakala RM202 bilion pula dihabiskan bagi melancong ke luar negara.
Ia dianggap kurang berhemah kerana Malaysia rugi banyak dengan pengaliran wang keluar, lalu menyarankan agar rakyat Malaysia lebih cermat dengan bercuti di dalam negara sahaja.
Hal ini menimbulkan pelbagai perdebatan. Yang nyata, ramai yang membantah kenyataan tersebut dengan pelbagai hujah.
Ada yang mengatakan kerana percutian di dalam negara sebenarnya lebih mahal berbanding cuti di luar negara, terutamanya di negara jiran dekat seperti Indonesia dan Thailand.
Menurut netizen ini, lebih ramai yang akan stres setelah membaca artikel ini yang nyata tidak berdasarkan fakta sebenar.
Jadi, bila ramai pelancong datang ke Malaysia, kenapa pula perlu menahan rakyat Malaysia untuk ke luar negara?
Ada juga netizen yang turut 'membakar' emosi dengan menayangkan tiket promosi untuk ke luar negara.
Namun, hujah netizen ini paling menang. Ini kerana jumlah pekerja asing yang melimpahlah menyebabkan pengaliran wang keluar ke luar negara.
Bagaimanapun, ada juga netizen yang bersetuju mengenai idea Menteri untuk melancong di dalam negara sendiri.
Memang perdebatan ini tidak akan habis. Ada pro dan kontranya, namun jika individu itu mampu untuk melancong ke luar negara, apa salahnya. Ia adalah ganjaran atas penat lelah selama ini. Mungkin menteri perlu menyemak jumlah pekerja asing yang dikatakan menyumbang pengaliran wang ke luar negara. Apa pula kata anda? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau mampu,mesti lah nk melancong overseas. Kan jauh perjalanan, luas permandangan. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau pi thai & indon paling kuat pun 1k hbs all-in termasuk shopping... |
|
|
|
|
|
|
|
yg berbillion tu adakah based on pelancongan semata-mata ataupun aliran keluar mata wang kita dari semua sektor?
sbb mcm tak logik je smpi berbillion. pdhal rakyat malaysia pi melancong backpackers jimat cermat punye |
|
|
|
|
|
|
|
lgpun, cuba semak balik pengeluaran mata wang oleh pendatang asing tu.
diorg tetiap bulan hantar balik duit kt family di kg masing-masing. takat malaysian yg gi oversea setahun 2 3 kali tu apelah sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya ada betulnya bab pekerja dan pendatang asinglah paling banyak menyumbang kepada pengaliran wang keluar setiap bulan malah ada yang setiap minggu ada je yang hantar duit balik kampung, Berbanding rakyat Malaysia yang ramai hanya melancong cara backpackers je melancong guna cost seminima boleh. Berapa kerat ke yang mampu melancong secara mewah pun. Tapi kalau bandingkan mereka yang suka melancong dalam negara yang dengan yang suka keluar negara. Cara berfikir mereka yang gemar melancong keluar negara selalunya lebih baik lagi. Pengalaman dan pelajaran yang mereka dapat semasa berada diluar negara banyak mengajar. Ia akan menjadikan mereka lebih matang dan lebih berfikiran terbuka. Tak mudah terpengaruh dan akan berfikir sebaik boleh sebelum bertindak dan tidak hanya mengikut perasaan. |
|
|
|
|
|
|
|
bia la oraang ada duit nak g bercuti..habis seumur hidup nak dihabiskan kat tempat kerja semata ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi iols..jangan la pukul rata semua.malaysian suka bercuti
Yang bercuti.ni adalah yang mampu aje..depa mampu..depa ckongsi cite..
Iols suka je dengar org.nak.bkongsi tips.ke apa.khen..
Menteri neh pung semua ko.nak kata pegi.melancong
Padahal.balik.kampung.je.pung sesetengah tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
abis takkan dato,datin,tan sri puan sri je yg boleh keluar negara?
marhein pon nk jugak merasa p oversea.. ha gitcchhewww
dalam negara pon kos boleh tahan tinggi jugak
terpulang masing2
nak melancong dalam/luar negara |
|
|
|
|
|
|
|
Eh pak menteri ni.....diorang melancong anak banak penuh biz class..spent ratus2 ribu....belum kira hotel makan shopping etc...marhaen plak yg kena..... |
|
|
|
|
|
|
|
kat mesia ni melancong mahal
apa pun takde
baik pergi obeasea
paling cikai pergi bangkok yang bertiang tiang lagi best |
|
|
|
|
|
|
|
Selagi diorang melancong guna duit poket sendiri dan bukan duit derma mana-mana, apa nak kisah? To each his own lah |
|
|
|
|
|
|
|
annehuda: lgpun, cuba semak balik pengeluaran mata wang oleh pendatang asing tu.diorg tetiap bulan hantar balik duit kt family di kg masing-masing. takat malays ...
Aku setuju yang ni
Dalam sebulan ada yang hantar 1k (mengikut video soal jawab jokowi dengan buruh kat malaysia) ... secara average nya dalam 900 mcm tu satu orang ... itu average monthly
Kalau perayaan obviously jumla aliran dana keluar akan bertambah
Bukan sahaja hantar kampung untuk belanja raya
Malah ada yang balik kampung membawa sejumlah wang .. (atau hantar dulu ke akaun indonesia sebelum berangkat pulang)
Itu tak termasuk indon2 yang dah jadi pemastautin tetap mahupun warga negara
Jadi tempat percutiannya haruslah indon sana
Sila kaji hal2 ini
Instead of mempertikaikan dana keluar disebabkan marhaen meluaskan pandangan ..
Sila giatkan lagi promosi and sektor pelancongan tempatan ..and kaji balik dana keluar melalui warga2 asing ini
Sekian dari saya yang xbelajar ekonomi |
|
|
|
|
|
|
|
haha pergi cuti2 malaysia pun sama2 bajet dengan travel thai & indon. Haruslah kita travel tempat orang ken....
|
|
|
|
|
|
|
|
menteri tolol..tak guna..cakap guna kepala lutut nenek dia{:cryrun |
|
|
|
|
|
|
|
Menteri2 bodoh bersuara lagi..
Menteri2 elok je bercuti siap bwk satu batalion entourage takpe pulak..dah sah2 guna duit rakyatkan atas nama official visit..kalau concern sgt sila tegur bos kau kt atas nun..lead by example kata omputih
Lepas tu anak2 korg hantar pi study kt negara yg currencynya 4-5 kali ganda...duit x mengalir keluar ke?
Tu blm lg yg kononnya beli property/simpan duit kt overseas..hadap sgt kau nk spend duit kt negara org kan..
Menteri2 bebal camni elok dibaling telur busuk jah
|
|
|
|
|
|
|
|
Heish. Terasa kak mah. Terhangguk2 kepala dia bg statement balas nnt |
|
|
|
|
|
|
|
xnk bagi rakyat melancong ke overseas sbb xnk rakyat ni bila dah balik Malaysia akan compare apa positif or negatif kt tempat yg dilawati.. plus, kalau ppuan ni suka shopping brg2 berjenama.. kat overseas, kemungkinan certain barang murah plus boleh claim tax. sedangkan di Malaysia tax utk brg jenama, Nauzubillah.. so just go je, ada duit semua jalan... |
|
|
|
|
|
|
|
beeeee replied at 30-4-2018 05:13 PM
haha pergi cuti2 malaysia pun sama2 bajet dengan travel thai & indon. Haruslah kita travel tempat ...
ha...taw takpa..ak ritu nk beli tiket p sabah..mak aih tiket yahudi sgt harga..terus ak p beli tiket jalan2 indo..puas ht ak..nnt nk tgk tiket p sabah lg,klu harga masih yahudi..tiket luar jugak ak beli nnt..hahahahahahah |
|
|
|
|
|
|
| |
|