Semua orang bekerja tidak kiralah di pejabat, di bawah terik mentari mahupun di rumah. Semua tidak berkecuali, tapi tahukah anda?Berkerja yang terlalu keras juga akan membahayakan kesihatan.
Jadi, bagi mengekalkan kesihatan, anda dinasihatkan supaya tidak melalukan perkara berikut ketika bekerja. Mari semak apa sahaja yang 'dilarang' seperti dipetik dari Nona.my ini.
1) Bekerja terlalu keras
Foto: Republika.co.id
Faham, anda menginginkan pendapatan lebih, bukan? Tapi, anda juga perlu tahu bahawa bekerja melebihi had masa akan meningkatkan risiko penyakit jantung, strok dan kemurungan.
Malah, kerja lebih masa akan membuatkan anda tidak cukup rehat dan tidur. Jadi, apa akan berlaku pada prestasi dan kualiti kerja anda jika anda sendiri tidak mempunyai masa yang cukup untuk berehat.
2) Kurang pergerakan
Foto: www.newmoney.ro
Kurang berdiri dari meja kerja pun bahaya juga, tahu! Ia bermaksud anda hanya menghabiskan masa dengan duduk sahaja menghadap komputer ketika bekerja.
Ia berbahaya kerana boleh meningkatkan risiko diabetes, obesiti, kanser, kemurungan dan juga penyakit jantung. Jadi ingat ya! Selepas ini, janganlah menjadi patung di meja kerja. Ambil juga masa untuk meregangkan otot dengan berjalan ke pantri dan sebagainya.
3) Tak boleh duduk?
Foto: Blog-wanitakarir.blogspot.com
Ha, lain pula kesnya dengan ini. Kalau mereka bekerja di pejabat tidak banyak bergerak, individu bekerja di lapangan mahupun kedai makan yang memerlukan banyak pergerakan pula jarang dapat duduk merehatkan badan.
Apabila anda kurang duduk, ini bermakna anda juga kurang rehat, sekali gus boleh menganggu kesihatan kaki dan juga jantung. Lebih-lebih, lagi jika anda memakai kasut bertumit tinggi. Jadi, awas ya pekerja kedai makan, hospital dan seumpamanya.
4) Jarak tempat kerja yang jauh
Foto: Projek.malaymail.com
Jarak yang jauh juga boleh menjejaskan kesihatan anda. Sebab apa pula ya? Ini kerana kajian mengatakan bahawa perjalanan yang jauh akan mengakibatkan anda mudah stres dan juga berlakunya kecemasan.
5) Fikir kerja pada waktu malam
Foto: Fb.ru
Tak cukup otak terbeban dengan masalah di pejabat, dibawanya pulang untuk difikirkan di rumah. Pasti ramai yang memikir tentang kerja pada waktu malam, bukan?
Ia akan mengganggu waktu rehat anda dan ini boleh meningkatkan risiko penyakit kanser, penyakit jantung dan juga obesiti. Oh, kalau nak tahu, tidur yang tidak mencukupi juga akan menyebabkan anda menjadi mudah lupa.
Semoga info dapat membantu anda menjadi seorang perkerja yang baik. - CARI |