View: 7958|Reply: 23
|
Frozen Food Betul-Betul Sedap Ke?
[Copy link]
|
|
Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati sekalian. Selari dengan perkembangan teknologi dalam dunia kulinari ini makin banyak produk sejuk beku dihasilkan bagi memberi peluang kepada pengguna mendapatkannya walau dimana sahaja.
Tapi betul ke produk sejuk beku atau Frozen Food ini sama rasa atau betul-betul sedap seperti mana makanan yang asal?
Bukanlah niat saya memperlekehkan atau memperkecilkan peniaga mahupun produk sejuk beku ini. Tapi sekarang sudah banyak pengusaha yang telah beralih kepada pattern penjualan produk yang katanya mampu bertahan lama.
Ada yang saya cuba produk sejuk beku ini siap nyatakan lagi produk mereka mampu bertahan lebih daripada 2 tahun sekiranya dibekukan pada suhu yang betul. Benar ke tentang kajian yang mereka lakukan itu? Atau sekiranya ia dibekukan memang bertahan tapi rasa adalah tidak sama seperti mana yang baru dimasak?
Kalau tidak silap proses penyejukbekuan makanan ini dilakukan dengan cara mengawet makanan dimana suhu diturunkan hingga di bawah takat beku air iaitu sehingga –18 °C. Proses ini mampu untuk menghalang perkembangan mikroorganisme dan aktiviti enzim dalam produk makanan. Jadi sebab itu makanan itu mampu tahan lama.
Saya tidak arif dalam kajian seperti ini tapi teknologi telah membuktikan bahawa segala jenis makanan mampu untuk dibekukan. Kalau kat Malaysia ini kita boleh dapat hampir semua jenis makanan tradisional dalam bentuk sejuk beku. Terutamanya kuih muih tradisional boleh dibekukan dan diexport keluar negara.
Sehinggakan produk raja buah Musang King yang kita export ke negara China juga adalah produk sejuk beku. Itu pun dah mampu untuk dijual sehingga ribuan ringgit dan mendapat sambutan hebat di sana. Ini menandakan bahawa produk sejuk beku juga sama dengan produk makanan asal jika dilakukan dalam proses yang betul.
Sehingga sekarang industri makanan beku ini mampu memberi nilai tambah kepada produk makanan tempatan. Ia juga mampu memberi peluang kepada peniaga mengambangkan industri makanan tempatan.
Saya sendiri pun kadang-kadang kat rumah beli juga beberapa produk makan beku ini mudah dan cepat untuk kita kendalikan. Bagi makanan yang jenis hanya keluar daripada peti sejuk dan terus panaskan dalam ketuhar mikro dan terus boleh nikmati, lagi jimat masa dan menyenangkan.
Ia juga membantu ibu-ibu atau suri rumah yang bekerja dan dalam masa sama menguruskan rumahtangga. Melalui produk seperti ini dapat meringankan tugas mereka dari segi persediaan makanan kepada keluarga. Tapi kalau makan selalu tidak seronok juga ada masa hujung minggu habiskan masa masak bersama keluarga kerana ia dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan itu.
Tapi banyak cakap-cakap di luar sana menyatakan betul atau tidak makanan sejuk beku ini memberi kesan kesihatan yang bahaya kepada pengguna. Tiada kajian yang saintifik tentang perkara ini tapi hati-hati sekiranya sesetengah produk yang dinyatakan setelah dikeluarkan dari fizikal asal sejuk kepada keadaan bilik, perlu dihabiskan segera.
Foto Carian internet
Jangan kita gatal hendak simpan lagi makanan macam ini semula ke dalam peti sejuk. Kalau betul orang kata makanan sejuk beku ini tidak sihat kepada diri kita kenapa ibu-ibu yang menyusukan anak sanggup perah dan bekukan susu mereka bagi diberikan kepada bayi mereka. Adakah ia kategori produk sejuk beku?
Ibu-ibu tahu tentang perkara ini kerana telah banyak dibincangkan. Apa pun sekarang teknologi memudahkan kita daripada segala perkara. Tapi jangan harap kepada teknologi semata-mata kerana ia mampu memberi kesan buruk kepada kita kita kalau lebih daripada apa yang kita gunakan. Ini hanya sedikit perkongsian, bukan kritikan atau pendapat yang memburukkan sekadar berkongsi ilmu.
Jom ikut Instagram @Mahamahu dan juga Facebook Page @Mahumakan untuk kongsi sebarang idea atau mahu lontarkan soalan yang mana hendak tanya secara personal nanti Maha cuba jawab ok. Selamat membaca semua. |
|
|
|
|
|
|
|
klu malas mmg bli je yg prozen ni..
senang..
tp ikot la ade yg bole dtrima akal..
ade tu indah kabo dr rupe je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku selagi boleh elak memang aku elak frozen food ni. Mcm mix vege tu tak sedap betul dkt tekak aku. Sayur fresh lagi sedap. Tapi kalau kuih muih tu ok je. Sebab satu hal pulak nk membuatnya |
|
|
|
|
|
|
|
Kuih muih frozen keluaran Fama ok la. Akak suka. Keluaran makcik2 yang pandai masak pun ok. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols plg suke product frozen brand cp.
Kuih tradisional suke gak.tp kalau manis, manis sgt. So stop beli |
|
|
|
|
|
|
|
Mknn frozen skrg dh byk yg sedap2.ai lupa brand ape tp ada nasi putih & lauk.sedappp |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk brand jgk kot..ada y sedap,ada y x sedap..ai suka beli ayamas pny..sedap berbanding y lain..marina nugget tempura best ler,ai bakar guna oven sbb xnak goreng..hihihi.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku memang tak suka kalau inti frozen ni sikit! |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka karipap frozen. Dulu2 harga x lah mahai mana... la ni adoih.... pening jgk nak beli... dah la mahai.. isi cinonet... kdg2 tpksa gak aku mrajinkn diri bt sendirik.. |
|
|
|
|
|
|
|
sbenarnya kuih frozen ni cost nya mahal...
memang tak blh buat untung sgt...sbb tu dorang jual mahal...
yg lebih untung sikit dari yg lain, donut je....
ni chef yg memang buat frozen food bgtau aku....
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada yang sedap ada yang tidak ikut jenama. Tapi kalau sayuran selalu rasanya agak kurang melain kan product dari kentang. |
|
|
|
|
|
|
|
makcik ai pon buat kuih muih frozen.. yang ni takde la letak pengawet sebab laku.. simpan dalam freezer je ade je orang beli.. tapi mana yang jual kek yang boleh cepat basi tu semua letak pengawet siap2.. tapi dalam kuantiti yg dibenarkan la.. tapi klo makan tiap2 hari sikit2 pon lama2 boleh jadi bukit |
|
|
|
|
|
|
|
Korang kalau ada recommendation brand apa yg sedap, tolong suggest ya. Sgt membantu utk puasa dan sahur nnt. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols dulu beli frozen food dekat 7e, ok la rasa dia, beli pastu boleh terus panaskan guna microwave 7e tu then makan kat meja 7e je, brand cp dengan apa ntah... |
|
|
|
|
|
|
|
selyusi replied at 26-4-2018 08:35 PM
Iols dulu beli frozen food dekat 7e, ok la rasa dia, beli pastu boleh terus panaskan guna microwav ...
Thank you chuols. Iols suka juga cp. Paling suka wanton udang. |
|
|
|
|
|
|
|
No problem, chuols duk mana? kalau kat pasar malam putrajaya ada trak kedai bergerak, dalam tu ada jual frozen food jugak macam karipap, no bad jugak rasa dia, takdela teruk, harga mampu sentuh dan mampu milik jugak
|
|
|
|
|
|
|
|
terliur pulak tgk karipap tuh .... |
|
|
|
|
|
|
|
iols suke frozen.mudahnye nk buat minum petang{:hooray |
|
|
|
|
|
|
| |
|