CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4292|Reply: 15

Kecilkan Paha Yang Melimpah Hanya Dengan Teh Herba Cina. Hari Ini Juga Cuba!

[Copy link]
Post time 23-4-2018 01:37 PM | Show all posts |Read mode
Paha merupakan salah satu dari bahagian kaki yang cukup mudah mengalami timbunan lemak. Secara umumnya, bahagian paha akan semakin membesar sekiranya berat badan seseorang itu bertambah.







Mempunyai bahagian kaki atau paha yang besar atau berisi membuatkan seseorang itu tampak rendah dan agar sukar untuk mencari seluar yang sesuai dengan mereka terutama sekali golongan wanita.


Malah ramai yang merungut tentang betapa sukarnya untuk mengecilkan bahagian tersebut walaupun pelbagai usaha telah dilakukan.


Selain senaman yang menumpukan pada bahagian kaki, pemakanan yang betul juga turut membantu membakar lemak pada bahagian paha.


Antara cara mudah untuk mengurangkan lemak pada badan terutamanya bahagian kaki adalah dengan mengamalkan teh herba cina. Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nur Airiz Faudzan telah berkongsi resepi mudah bagi menyediakan teh herba ini sendiri di rumah melalui facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN).


Jom kita lihat cara penyediaannya:






"Resepi teh herba cina untuk kuruskan badan terutamanya bahagian kaki/paha. Semua bahan-bahan beli kat kedai herba cina."


Bahan-bahan:
1. Rose buds (putik bunga ros) kering
2. Rempah rosemary
3. Bunga jasmin kering
4. Serai






"Untuk rasa lebih wangi dan 'fresh', keringkan serai sendiri."


Belah serai dan keringkan. Selepas kering, boleh dipotong halus.



Foto: Fb MAHN




Caranya:


Campurkan kesemua bahan dan masukkan ke dalam uncang teh. Uncang teh kosong boleh dibeli di Daiso atau di Lazada. Contoh uncang teh kosong Daiso seperti di bawah.



Foto: Carian Google





"Boleh buat stok banyak-banyak dalam uncang. Nak minum, boleh rendam dalam air panas seperti biasa.'


Bolehlah cuba amalkan kalau nak kuruskan bahagian paha yang melimpah tu ye. Dalam masa yang sama jangan lupa lakukan senaman untuk kecilkan kaki. Nak cantik kena lah usaha sikit! Fighting! -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2018 02:13 PM | Show all posts
lecehnye nk wt teh cine ni..
yg jual xde ke..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 02:27 PM | Show all posts
nk mencari la.. bulan puasa ni mana taw lebih turunya dgn amalkan ayaq guni.. hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 02:30 PM | Show all posts
grizz replied at 23-4-2018 02:13 PM
lecehnye nk wt teh cine ni..
yg jual xde ke..

hahahah i pun fikir benda yg sama
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 02:56 PM | Show all posts
Dah makin famous ye perkataan "melimpah" ni...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 03:03 PM | Show all posts
ko ingat togok teh cina leh kecik peha terus ke

stop dreaming ok

kalau nak kecik peha mohon excise ok

nak kecik peha naik tangga pun malas ada hati nak kurus

nak bangun dari kerusi kat opis pun malas berat sangat jubor tu

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2018 03:11 PM | Show all posts
haiyoohhh..yg dah siap jual takde ke??wakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 03:28 PM | Show all posts
Kena kurangkan makan... kecik la peha tu nanti...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2018 09:37 AM | Show all posts
yg penting perkataan "melimpah" is trending!

hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tulaa petua nk kecikkn betis ade tak ey
I ni breast boleh nk cup A tetbe betis nak kene pakai seluar xxl stress
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Setahu iols nk kecikkn peha kena jaga pemakanan n excercise Ni yg Kevin bgtau la
Tp iols nk kecikkn pipi ada tips tak? Badan kurus tp pipi melimpah
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak kecikkan peha ...pegi naik mesin tredmill tu ha...amek mode naik bukit.
Sehari buat sejam.
Cukup 4 bulan kecik la peha.
Buat santai2 je. Da pnh buat n mmg berkesan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2018 09:39 AM | Show all posts
grizz replied at 23-4-2018 02:13 PM
lecehnye nk wt teh cine ni..
yg jual xde ke..

cuba google Teami Tea.. aku selalu beli teh ni dulu.. elok lps bersalin (lps abis pantang).. ada mcm2 jenis.. termasuk la rosebud bagai ni.. harga pun ok je...

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2018 12:54 PM | Show all posts
No such thing as spot reduction, uols.

Kalau badan kita jenis pear-shaped, yakni atas kecik bawah beso, kita turun 20kg pun tetap yang bawah tu akan nampak lebih besar dari yang atas.

Kalau memang kita sejenis thunder thigh, turun 100kg pun tetap peha akan nampak besar. Walopun still cun sebab dah kurus.

Tak yahlah obses sangat dengan thigh gap segala ni.

Yang penting, jaga makan & rajin2 eksesais. Nanti turunlah berat badan tu. Plus point dia, jadi lebih sihat bertenaga & berkeyakinan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2018 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
I suka p coffee bean aja kalau nak beli mixed herbal tea mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2018 10:23 AM | Show all posts
Yang penting kena bersenam sama sekadar minium tu je mana nak menjadinya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.053253 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list