Edited by rohayatimat at 23-4-2018 12:14 AM
Setiap kali apabila tiba bulan puasa, ramai yang berkira-kira bazaar mana nak pergi nanti. Beratur panjang pun sanggup!!! Mungkin ada keistimewaannya apabila ramai yang sanggup menunggu giliran!!!
Jadilah orang kita, masyarakat yang suka tunjuk-tunjuk, lepas tu bungkus bawa balik ke rumah. Bila buka...bukan semua yang dibeli kena dengan selera kita. Sekali sekala bolehlah...kalau selalu mungkin akan merobek poket! Al maklumlah, harga makanan yang dah siap boleh tahan juga harganyaaaa…
Tidak kurang juga yang bersungut!!! Cerita ayam golek tidak sesedap seperti dicanang, minuman ais lebih, makanan basi sebelum sempat dijamah adalah kitaran kisah saban tahun.
Ada juga di antara kita sanggup ambil cuti untuk berniaga pada bulan puasa dengan niat untuk cari pendapatan tambahan untuk bekalan raya nanti. Apa yang menjadi tidak seperti yang diharapkan, terpaksa tanggung kerugian apabila makanan yang dijual tidak mendapat sambutan daripada pembeli. Kenapa sampai jadi begitu?
Sempena Ramadhan yang bakal tiba mari kita sama-sama kongsi makanan yang murah dan berkualiti di Bazaar Ramadhan tempat anda pada tahun lepas untuk panduan kita bersama. Sedikit sebanyak kita membantu orang lain, agar apa yang dibeli berbaloi dengan apa yang dibelanjakan.
Rohayati
|