View: 2933|Reply: 8
|
Asyik Menu Berlemak Dan Berminyak, Kafe Ini Ada Makanan Sihat Organik
[Copy link]
|
|
Asyik restoran makanan segera sahaja yang dikunjungi pun bosan juga kan?
Selain tidak sihat, pemilihan menu pun lebih kurang sama sahaja. Jika bukan burger, pasti kentang goreng.
Kini tiba masanya untuk lebih memilih makanan.
Jika tidak mampu tinggalkan secara drastik makanan tidak sihat, pelbagaikan menu dengan hidangan lebih sihat.
Antara pilihan terbaik ialah The Good Co. yang menyajikan konsep makanan sihat dengan cara tersendiri.
Terletak di Bangsar, idea kafe ini bermula sejak lima tahun lalu apabila bekas Miss Malaysia Universe 2008, Miss Levy Li yang menetap di Amerika Syarikat mendapati agak sukar mencari makanan sihat di Malaysia.
Jadi, beliau membuka cafe yang menghidangkan makanan sihat untuk dinikmati secara santai dengan cara yang paling mudah.
Tepat sekali dengan suasana mendamaikan sahaja bila memasuki cafe ini. Pepohon menghijau sama ada di dalam atau pun di luar café mengindahkan lagi suasana santai The Good Co. Para pelanggan café pun nampak seronok dengan hidangan sihat ini.
Antara menunya ialah sandwich, salad, sup sayur, snek balang, bubur buah-buahan segar, nasi lemak organik, jus perahan segar dan banyak lagi.
Kesemua sumber sayur-sayuran adalah organik. Manakala bahan-bahan serta ramuan untuk menyediakan hidangan ini pula diambil segar dari para pengedar berkualiti.
Jadi anda tidak perlu gusar kerana hidangan disediakan tanpa sebarang perisa tambahan, pengawet, pewarna, gula tambahan dan lain-lain. Apa yang menarik adalah menu di The Good Co adalah bertepatan dengan tekak orang setempat. Harga pun boleh tahan berpatutan.
Foto: The Good Co
Jadi, bagaimana? Mahukan menu yang lebih sihat? Anda boleh ke Bangsar bagi menikmati gaya hidup sihat. Jom. - CARI
Lokasi: Bon Estates, Jalan Maarof bertentangan dengan Bangsar Shopping Centre
Waktu beroperasi: 9am – 6pm
Harga hidangan: Bermula serendah RM9.90 hingga RM20.90. |
|
|
|
|
|
|
|
iolss xde la mkn mknn yg sihat sgt..
so yg ni mgkin xtersenarai kot dlm list restoren yg nk g..
|
|
|
|
|
|
|
|
ghege mesti mahal kedaung ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Organic food ni mkn sekali sekala boleh la..klu tiap hari, rabak poket |
|
|
|
|
|
|
|
aku memang jenis beli yang organik. beras, sayur, gula, garam, telur.
tapi tak bererti aku makan organik je semua, tak organik pun makan juga tapi lebih pada option organik la.
kalau meggi tu keluarkan produk organik, laju la aku beli. |
|
|
|
|
|
|
|
nasi lemak organic tu mcmana?..... |
|
|
|
|
|
|
|
Bagusnya..Bolehla share jenama apa, boleh Admin buat story
|
|
|
|
|
|
|
|
Beras - bird of paradise - phkarkhnei
Sayur - Organic section Tesco
Gula garam - jenama apa tah tapi ada jual dekat tesco.
Telur - pun ada jual tesco
Eh, admin cari2 la dekat tesco tu. Banyak je produk organic yang tesco jual.
|
|
|
|
|
|
|
|
mungkin beras organik. santan perah sendiri dari pokok sendiri, daun pandan potong dari depan rumah, telur organik, timun organik, ikan bilis standard la, cili kering kacang dll pun standard je la sbb tak pernah pulak aku jumpa yang organic.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|