CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1598|Reply: 7

Tetak Isteri Selepas Kahwin Lain

[Copy link]
Post time 17-4-2018 10:30 AM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita Orang Asli ditetak oleh suami yang berang kerana dia meninggalkan rumah sejak beberapa hari lepas.


Akibatnya wanita tersebut menerima tiga jahitan di kepala.


Sinar Harian melaporkan, Ramliah Along, 24, dari Kampung Selyeh, Pos Blau, Gua Musang keluar dari rumah selepas mengetahui sumainya, Mat Rahim, 28, telah berkahwin lain.




Foto: Sinar Harian


Menurut saksi yang juga sepupu kepada mangsa, Aboy Angah, 46, suspek telah datang ke rumah kakak mangsa sebelum bertindak menetaknya.


"Akibat tetakan itu, mangsa rebah dan tidak sedarkan diri. Beberapa minit kemudian, Ramliah sedar dan kami terus bawanya ke Hospital Gua Musang kerana berlaku pendarahan di kepala dan bahu.


"Saya tak sangka suspek akan bertindak sedemikian kerana pada awalnya dia tidak menunjukkan sebarang reaksi pelik.


"Selepas menetak isterinya, suspek terus melarikan diri."


Semenatra itu Ramliah mendakwa yang suaminya sering mabuk dan suka memukulnya berkali-kali tanpa sebab.


"Saya tak tahan kena pukul, jadi saya balik ke rumah ibu bapa saya. Malah, saya turut diberitahu kenalan bahawa suami sudah berkahwin sejak dua bulan lalu.


"Saya ingat dia datang mahu pujuk saya untuk pulang, namun dia bertindak begini. Saya trauma dan takut."


Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Ketua Polis Daerah,  Superintendan Mohd Taufik Maidin telah mengesahkannya. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2018 10:36 AM | Show all posts
ade gak org nk laki die yg kaki mabuk tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2018 10:40 AM | Show all posts
bangsat punya jantan!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2018 10:58 AM | Show all posts
mujur parang tumpul
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2018 11:38 AM | Show all posts
bini baru tu sure tak tau kaki mabuk..silap2 turn dia plak nti..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2018 11:42 AM | Show all posts
Semenatra itu Ramliah mendakwa yang suaminya sering mabuk dan suka memukulnya berkali-kali tanpa sebab.


"Saya tak tahan kena pukul, jadi saya balik ke rumah ibu bapa saya. Malah, saya turut diberitahu kenalan bahawa suami sudah berkahwin sejak dua bulan lalu.


so kalau dah tahu keadaan mcm tu, apsal ko tak lari jah tinggalkan jantan bugima nih
mintak cerai jah lah
nak tggu ko mati baru cerai agaknya
skang x pasal2 dah kene tetak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2018 11:44 AM | Show all posts
Dah mabuk tu yang dia berani bertindak sebegitu sebab tu bahaya orang tengah mabuk ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian muda belia lagi pasangan ni.... Huhu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.076655 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list