CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1039|Reply: 0

[Tempatan] perang poster pru 14 : BN mendahului

[Copy link]
Post time 10-4-2018 06:50 PM | Show all posts |Read mode


jalan jalan disekitar keramat, kg baru, jln TAR 100% kelihatan meriah dgn poster2 BN bersebelahan dgn poster PAS, poster PH tiada langsung
apakah ini petanda tsunami BN sudah bermula?????



diperlis juga yang berkibar hanya bendera BN
Perang bendera mula meriah di Perlis



ARAU 8 April - Meskipun pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru dua hari berlalu, namun bahang pilihan raya di sekitar negeri ini semakin dirasakan.

Pemandangan kawasan di sekitar bandar ini serta Kangar mula meriah dengan perang bendera dan poster melibatkan pelbagai parti politik yang sudah mula dipasang sejak minggu lalu.
Dijangkakan, suasana akan semakin hangat menjelang hari penamaan calon seterusnya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dalam tempoh sebulan ini.
Setakat ini, bendera Barisan Nasional (BN) dilihat mendahului di mana-mana diikuti Pas khususnya di kawasan-kawasan tumpuan seperti Guar Sanji, Pauh dan beberapa kawasan lain di Arau serta Kangar.
Situasi tersebut sekali gus menengelamkan bendera parti-parti politik pembangkang lain seperti PAN, PKR, DAP serta PPBM yang dilihat tidak banyak dipasang setakat ini.
Seorang petugas, Tarmizi Arus,32, berkata, dia mula memasang bendera pelbagai parti politik khususnya BN dan Pas di sekitar Arau sejak minggu lalu.
Katanya, ketika ini, suasana dilihat biasa dan dijangka semakin meriah setelah pengumuman serta penamaan calon dalam tempoh terdekat ini.
“Seperti biasa, setiap kali pilihan raya suasana di negeri ini meriah dengan gelagat penyokong parti-parti politik serta diwarnai dengan perang bendera dan poster,” katanya.
Seorang penyokong Pas, Saifullah Abi Jamrah, 33, berkata, dia ditugaskan untuk memasang bendera Pas di sekitar Arau khususnya Guar Sanji dan Sanglang.
“Seperti biasa, setiap kali bendera Pas akan mewarnai kawasan ini selain bendera BN. Setakat ini, dua bendera parti terkuat itu sahaja yang meriah,” katanya.- UTUSAN ONLINE







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.052571 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list