"Untuk orang kampung mereka boleh, tetapi kalau bekerja susah.
Ia juga susah kepada mereka yang tinggal di luar negara."
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Presiden PH berikutan penetapan 9 Mei sebagai hari pengundian.
Foto: IG Mahathir Mohamad
Memetik Astro AWANI, beliau menjelaskan tarikh berkenaan akan menyukarkan pengundi yang bekerja untuk membuang undi.
Menurut mantan perdana menteri itu, ia juga bukan satu tindakan demokratik kepada pengundi selain memberi kesan kepada Barisan Nasional (BN) dan PH sendiri.
"Contohnya, 500,000 pekerja kita yang berada Singapura akan menghadapi kesukaran untuk mengundi. Ia bukan tindakan demokratik," katanya. - CARI |