CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 838|Reply: 7

[Tempatan] MAHKAMAH PUTUSKAN TIADA BUKTI 1MDB RUGI US$3.657 BILION

[Copy link]
Post time 10-4-2018 12:40 PM | Show all posts |Read mode


TIADA SALAH LAKU
_KUALA LUMPUR, 9 April_ - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan tiada bukti yang menunjukkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menanggung kerugian berjumlah US$3.657 bilion dan tiada bukti dakwaan berlakunya salah laku oleh anggota lembaga pengarah syarikat berkenaan.
Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad juga berkata Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan sebelum ini turut menyatakan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat dalam skandal membabitkan isu 1MDB.
Beliau membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Najib dan 13 anggota Lembaga Pengarah 1MDB serta dua lagi untuk membatalkan saman bekas Senator Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor terhadap 16 defendan itu berhubung kerugian dialami 1MDB berjumlah US$3.657 bilion.
Nik Hasmat juga mendapati Mohamad Ezam selaku plaintif tidak mempunyai locus standi atau hak di sisi undang-undang untuk memfailkan saman itu.
Dalam penghakimannya, beliau berkata mahkamah mendapati Mohamad Ezam mengakui di dalam afidavit balasannya bahawa beliau bukan anggota Lembaga Pengarah, pemegang saham dan tidak mempunyai sebarang kepentingan di dalam 1MDB.
"Tindakan saman yang difailkan plaintif berasaskan 'bare averment'. Saya juga terfikir-fikir adakah tindakan saman itu dicetuskan berdasarkan komitmen plaintif kononnya beliau mewakili pembayar cukai di negara ini atau hanya dibayangi dengan niat tersembunyi bagi perkembangan politiknya," kata hakim itu.
Katanya mahkamah juga mendapati tiada kausa tindakan munasabah dalam tuntutan saman plaintif dan saman berkenaan juga adalah remeh dan menyusahkan serta menyalah guna proses mahkamah.
"Oleh itu, mahkamah membatalkan saman difailkan plaintif terhadap kesemua defendan dan memerintahkan plaintif membayar kos berjumlah RM63,000 kepada kesemua defendan," katanya.
Najib memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pada 12 Julai 2017, atas alasan Mohamad Ezam, selaku presiden Parti Bebas Rasuah tidak mempunyai locus standi untuk mengemukakan tuntutan tersebut.
Selain Najib selaku defendan pertama, turut memfailkan permohonan bagi membatalkan saman ialah 13 anggota Lembaga Pengarah 1MDB iaitu Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah; Datuk Kamal Mohd Ali; Datuk Norazman Ayob; Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin; Tan Sri Ismee Ismail; Tan Sri Ong Gim Huat dan Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi selaku defendan kedua hingga kelapan.
Selain itu, Ashvin Jethanand Valiram; K. Arul Kanda; Mohd Hazem Abd Rahman @Mohamed; Datuk Mohd Bakke Salleh; Tan Sri Azlan Mohd Zainol; Datuk Tengku Rahimah Puteri Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah sebagai defendan kesembilan hingga ke-14.
Syarikat 1MDB dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan ke-15 dan ke-16 turut memfailkan permohonan bagi membatalkan saman difailkan Mohamad Ezam, pada 14 April 2017.
Dalam pernyataan tuntutan, Mohamad Ezam, selaku plaintif, mendakwa syarikat 1MDB telah meminjam sejumlah US$6.5 bilion dengan bantuan Goldman Sach International Ltd yang sewajarnya dimasukkan ke akaun syarikat berkenaan.
Namun, beliau mendakwa kesemua defendan bertindak secara melulu dengan menyebabkan sejumlah US$3.657 bilion dibayar kepada pihak yang tidak berhak hingga menyebabkan kerugian kepada syarikat 1MDB.
Oleh itu, plaintif menuntut kesemua defendan menanggung kerugian syarikat 1MDB dengan bayaran sejumlah US$3.657 bilion kepada syarikat berkenaan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Peguam Farez Jinnah mewakili Mohamad Ezam, peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun mewakili perdana menteri dan Peguam Kanan Persekutuan Shamsol Bolhassan bertindak bagi pihak kerajaan manakala peguam Datuk Tan Hock Chuan mewakili 1MDB dan sebahagian daripada 13 anggota lembaga pengarahnya. - BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-4-2018 12:41 PM | Show all posts


Public Accounts Committee vice-chairman Dr Tan Seng Giaw says that Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak should not be held accountable over the dealings by 1Malaysia Development Berhad.


[youtube]nMtspFk8M8E[/youtube]


Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2018 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 10-4-2018 12:49 PM

wahai cai cai pakatoon , sila sediakan tong milo tabung derma kilat utk kutip duit membantu ezam. setakat melalak di forum je tak guna.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2018 12:50 PM | Show all posts
akusukaq replied at 10-4-2018 12:48 PM
wahai cai cai pakatoon , sila sediakan tabung derma kilar tong milo utk kutip duit bantu ezam. seta ...

juga tabung derma untuk bayar bil hutang air SPLASH 4.21 billion ringgit malaysia

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2018 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
wow....mari kita undi bn
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2018 01:17 PM | Show all posts
hahaha...what a turn of event
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2018 02:10 PM | Show all posts
ye la.... apa2 la
bosannn
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2018 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa2 jelah....yg aku tahu isu 1mdb ni 1% je.

20% isu GST

20% isu kenaikan minyam

10% isu masalah sosial tak terbendung

30% isu kewarganegaraan dan lambakan PATI juga isu Bugis Pilak yg diketuai oleh Lanun Kepit dr Makassar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.058205 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list