Semakin lama, semakin mudah kerja orang perempuan di dapur ya. Selepas ini, harap tiada lagi konsep nak ‘impress’ ibu mentua dengan resipi sardin masak kicap.
Banyak sebenarnya resipi-resipi mudah yang boleh dicuba. Tak perlu bahan yang banyak, sudah cukup buat ibu mentua sayang. Cuma perlu rajin ke dapur dan belajar buat sendiri.
Kali ini, jom cuba buat kek dengan hanya menggunakan DUA bahan sahaja! Eh, boleh jadi kek ke dengan dua bahan ini sahaja?
Jangan risau, resepi yang dikongsikan Noorashikin Ibrahim‎ menerusi Facebook Siakap Keli itu mendapat sambutan hangat dan sudah dicuba sendiri oleh netizen.
Menurut netizen, kek ini sesuai dimakan ketika masih panas kerana jika dibiarkan sejuk, kek menjadi liat. Ada juga suara-suara nakal yang memberikan komen lucu.
Foto: Facebook Siakap Keli
KEK CHIPSMORE MOIST 2 BAHAN
Bahan-bahan:
1 paket besar biskut chipsmore.
200ml susu Dutch Lady perisa coklat.
Caranya:
1. Campurkan susu dengan biskut yang sudah dipatah-patahkan, kisar hingga sebati.
2. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
Jangka masa memasak kek ini adalah lebih kurang satu jam kerana ia menggunakan teknik mengukus. Manakala, topping atau hiasannya bergantung kepada pilihan anda sama ada mahu menggunakan coklat ganache, kekacang, keju atau pun gula aising. Selamat mencuba ya! - CARI
Kredit resipi: Noorashikin Ibrahim‎ via FB Siakap Keli |