CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1676|Reply: 5

Mekanik Ferrari Cedera Dirempuh Kimi Raikkonen

  [Copy link]
Post time 9-4-2018 12:30 PM | Show all posts |Read mode
Penggemar perlumbaan Formula Satu (F1) digemparkan apabila seorang mekanik Ferrari mengalami keretakan pada tulang betis dan paha akibat dilanggar kereta pelumba pasukan itu, Kimi Raikkonen ketika berada di hentian pit Formula Satu (F1) Grand Prix Bahrain.


Ketika kejadian, Francesco Cigarini berada di bahagian tayar belakang sebelah kiri apabila dirempuh pemandu kelahiran Finland itu akibat tersalah diberi isyarat untuk meneruskan perlumbaan walaupun hanya tiga tayar ditukar menyebabkan pasukan itu didenda sebanyak 50,000 euro (RM231,100).








Kejadian menggerunkan itu dipaparkan secara langsung menerusi saluran Sky Sports Formula One.







Dalam kenyataan dikeluarkan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), ketika kejadian pada Ahad itu, kereta berkenaan dilepaskan 'dalam keadaan membahayakan keselamatan ahli pasukan dan menyebabkan kecederaan'.








Memetik Mirror, Raikkonen yang ketika itu berada pada kedudukan ketiga diarahkan berhenti serta-merta dari perlumbaan sementara  rakan sepasukannya, Sebastian Vettel meraih tempat pertama.




Foto: Mirror



“Saya tidak tahu bagaimana keadaannya sekarang. Malangnya dia mengalami kecederaan.

"Saya bergerak apabila lampu berwarna hijau. Tiada apa yang boleh saya katakan lagi,” kata Raikkonen kepada media. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2018 02:00 PM | Show all posts
salah yang bagi isyarat la..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian kimi
Dia x salah...
Tapi nak buat.mcmana...
Mekanik tu bagi isyarat salah.maybe digerakkan hatinya utk ubah lampu tu ke hijau...
Takdir
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 08:36 PM | Show all posts
pendapat aku, mekanik tu pun x alert, patutnya kaki dia mane bole kat laluan tayar tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru nak mengharap kimi comeback. Memang luck dia malang . Dah few season
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua benda nak cepat
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.069164 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list