Ramai orang bertubuh gempal mengimpikan tubuh yang ramping, terutamanya wanita. Tetapi, ramai tidak mengetahui individu bertubuh besar mempunyai kelebihan tersendiri.
Kelebihan ini tidak akan diperoleh mereka bertubuh ramping. Teruskan bacaan untuk mengetahui apa sahaja kelebihannya seperti dipetik dari Vemale?
Foto: Hellosehat.com
Menurut sebuah kajian, mereka bertubuh besar mempunyai jangka hayat lebih panjang berbanding orang lain. Ini kerana, mereka mempunyai kandungan lemak yang cukup untuk tubuh. Maksud bertubuh besar di sini bukanlah gemuk melampau. Sebaliknya, bertubuh montel. Berdasarkan penelitian, rata-rata mereka yang bertubuh montel pada sekitar usia 70-an akan hidup lebih lama berbanding mereka dengan berat badan normal ataupun kurus.
Tidak dinafikan, orang yang gemuk atau obes mudah diserang penyakit, tetapi tidak salah jika anda menambahkan berat badan dalam skala yang kecil.
Bagaimanapun, tidak bermakna mereka yang memiliki skala berat badan normal lebih berisiko untuk mati lebih cepat, sebaliknya jumlah lemak yang tepat di dalam tubuh meningkatkan metabolisme, fungsi organ dan juga penyerapan vitamin yang optimal.
Foto: Play.Goggle.com
Foto: Onlineshop-misscha.com
Perlu diingat, jika bentuk tubuh anda agak gempal, anda perlu menjaga pemakanan dan pola hidup yang sihat. Ini bagi menjamin kesihatan tubuh badan ke arah yang lebih baik. - CARI |