CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2352|Reply: 9

9 Tabiat Yang Disangka Sihat, Tapi Sebenarya Tak Berguna. Mana Satu Anda Buat?

[Copy link]
Post time 5-4-2018 11:01 AM | Show all posts |Read mode
Siapa yang tidak suka dengan kehidupan yang sihat. Seluruh dunia kini mempunyai jangka hayat yang panjang, meningkat dari tahun ke tahun. Ini berpunca dari kemajuan teknologi perubatan yang semakin canggih. Tetapi buat apa kita hidup lama tapi 70%-80% jangka hayat kita dihabiskan untuk rawatan dan ubat-ubatan bukan? Di bawah adalah tabiat yang sihat kita sering lakukan, tetapi tidak berapa sihat sebenarnya.


1. Makan berlambak vitamin C


Sumber: wholefoodsmagazine.com


Vitamin C memang banyak manfaat yang elok. Ia boleh memberi ketumpatan tulang, mengelakkan nyanyuk dan merawat demam biasa. Tetapi sekiranya anda mengambil vitamin C berlebihan, ia akan memudaratkan badan. Manusia normal cuma perlu 2 000 mg dos sehari. Kalau terlebih boleh menjadikan cirit birit, pening, muntah-muntah, pedih hulu hati dan pelbagai masalah lain.


2. Guna putik kapas untuk bersihkan telinga


Sumber: herald.ng


Dia punya rasa masa korek telinga guna putik kapas sangatlah syok. Tetapi tahukah anda, sebenarnya anda mengumpul tahi telinga di dalamnya sehingga boleh menyebabkan gegendang telinga luka dan sakit. Ada banyak kes sampai tak boleh dengar langsung. Kalau nak keluarkan tahi telinga dengan lebih alami, boleh la cuba menggerakkan rahang sama ada dengan mengunyah atau bercakap. Walaupun seronok korek telinga dengan cara ni, baik elak.


3. Basuh tangan guna pembersih tangan (hand sanitizer)


Sumber: onlarissa.gr


Rajin-rajinkanlah basuh tangan anda sebelum anda makan. Penggunaan pembersih tangan akan membunuh kuman, tetapi tidak semua kuman. Dengan menggunakan aliran air dan sabun, itu lebih efektif dalam membunuh kuman. Ada dalam kes yang lain, bahan kimia dalam pembersih tangan pula kita makan. Huish, nak mati cepat ke macam mana?


4. Minum jus dan smoothies (bagi yang diet)



Sumber: thebeijinger.com



Minum jus dan shoothies semangnya enak, tetapi bukan alternatif yang bagus untuk makan. Gula dalam buah-buahan sama sahaja dengan minuman biasa bergula yang lain, tetapi kadar penyerapannya lambat kalau di dalam bentuk buah dan bukan cecair. Bila masuk sahaja dalam perut, bukannya perut boleh beza antara minumam bergula atau buah-buahan biasa. Cara terbaik adalah dengan makan je buah-buahan tu, tak payah jadikan jus. Lagi pun, anda terlepas serat-serat buah yang baik untuk pencernaan kalau dah jadikan jus.


5. Bergantung pada vitamin dan multivitamin sebagai makanan tambahan


Sumber: yourhealth.net.au


Makan multivitamin dan pelbagai makanan tambahan bukannya tak bagus, tetapi kalau ianya diambil lebih dari dos yang disarankan, ia akan memudaratkan badan anda. Jadi, kalau anda susah nak makan makanan biasa, eloklah anda makan makanan tambahan tadi. Contohnya kalau susah nak makan sayur, alternatifnya ambillah  multivitamin bersesuaian ikut dos yang diberikan.


6. Minum air tanpa gula (sugar-free) atau minuman diet


Sumber: firstderm.com


Niat anda memang murni, nak kurus lalu kurangkan minuman bergula. Tapi tahukah anda yang air tanpa gula (sugar-free) yang terdapat dalam pasaran kini berbahaya juga? Gula dalam air tersebut sebenarnya diganti dengan gula buatan yang hanya mendatangkan rasa manis. Kena ingat juga, bahan kimia apa yang mereka gunakan untuk itu. Jadi, baik minum je air manis gula. Sama je sakitnya.


7. Gosok gigi setiap kali selepas makan


Sumber: hellosehat.com


Gosok gigi adalah tabiat yang bagus, tetapi kalau terlampau kerap menggosok gigi boleh menyebabkan mudarat. Seeloknya 30 minit selepas makan barulah gosok gigi kerana air liur dalam mulut cuba untuk mencernakan sisa-sisa makanan yang tertinggal. Ini termasuk untuk menyamakan level pH dalam mulut yang berasid selepas makan. Kalau terus gosok lepas makan, gigi akan rosak kerana gosokan gigi tadi akan menghakis gigi akibat asid selepas makan. Gosok je gigi 2-3 kali sehari lebih kurang 2 minit satu sesi, itupun sudah memadai.


8. Minum 8 gelas air sehari


Sumber: bogor.net


Kalau minum terlampau banyak air sehari belum tentu boleh menghidrasikan anda. Tambah teruk bila ada sesetengah kes boleh 'melemaskan' anda. Kadar hidrasi seseorang itu tidak sama, jadi apakah alternatif kepada ini? Minumlah ketika anda haus kerana itu adalah tanda badan anda perlukan air.


9. Cuba elak untuk panaskan makanan guna ketuhar gelombang mikro


Sumber: theodysseyonline.com


Jangan salah sangka, ketuhar ini tidak boleh mengakibatkan kanser kerana nilai radiasinya tidak cukup untuk mengakibatkan kanser. Boleh je kalau nak hangatkan makanan guna ketuhar ini tetapi adalah lebih baik kalau guna kaedah pemanasan terus (primitif) untuk memanaskan makanan anda. Ada kemungkinan anda mungkin membakar sekali nutrien makanan kalau anda guna ketuhar gelombang mikro tadi.


Haaa... Sekarang dah tahu, mungkin sekarang anda akan lebih berhati-hati dalam aktiviti sihat anda. Seimbangkan dan jangan berlebih-lebih kerana boleh mendatangkan mudarat kalau lebih-lebih nanti. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2018 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols suke jus nenas.sbb mls kunyah nenas. Tp yes la,serat x de. Hurmmm
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2018 11:13 AM | Show all posts
Nasib tak ada tabiat yang disenaraikan
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2018 11:20 AM | Show all posts
alamak.. bergantung kepada vitamin tu.. hmm.. daku kalau xmkn vitamin nanti nmpk sgt huduh.. sbb berat akan susut.. kalau makna vitamin baru nampak muke segar.. hmm...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2018 11:31 AM | Show all posts
Baru tau pasal no. 8 tu. I ingat memang disarankan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2018 12:20 PM | Show all posts
my mil suke nau bitamin2 ni..segale tok nenek bitamin die soh anak beranak die telan..ngan iolss skali kne..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2018 02:17 PM | Show all posts
aku sekarang ni problem terlebih minum air kosong

takut pulak baca yang kata kalau terlebih minum otak kembang la, jantung lemah la

tapi aku memang jenis usung botol air ke hulu - ke hilir

tak buat apa je hirup seteguk sebelum haus
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 12:03 PM | Show all posts
jiran meollss jenis kurang minum air sampai migrain2 sheollss hari2 tau..ksian lak..bukan ke minum air banyak ni baik untuk detoks badan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2018 02:34 PM | Show all posts
kroit92 replied at 5-4-2018 01:17 PM
aku sekarang ni problem terlebih minum air kosong

takut pulak baca yang kata kalau terlebih minum ...

hmm..minum patut2 je u..2-3liter tu ok dah.. apa2 pun yg berlebihan mmg jadik mudarat..btw tahniah dah jadik habit minum air kosong byk.. tak semua org sekental tu okeh
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 04:30 PM | Show all posts
ai pernah tanya dr..bab minum air banyak ni..dr cakap..setiap org x sama ... kadang dari sayur atau buah2an yang kita ambil pun di kira air juga...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.090908 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list