Gara-gara isterinya, seorang lelaki muflis gara-gara wanita tersebut telah menggunakan wang sejumlah £3.5 juta (RM19 juta) untuk berjudi.
Menurut laporan Metro UK, Christopher Forte mengahwini Julia Posman, seorang wanita Indonesia pada 2014.
Disebabkan buta dengan cinta, Forte tidak menyedari tentang hutang isterinya sehingglah mereka bercerai.
Sewmuanya mula terbongkar bila wanita tersebut ada memberitahu yang dia berhutang sebanyak £2.5 juta (RM13.6 juta) dengan dua ahli perniagaan, selain hutang kad kredit.
Christopher dan Julia, Foto: Metro UK
Bagi membantu isterinya melangsaikan hutang, Forte bukan sahaja menggunakan duit miliknya malah sanggup berhutang dengan ibu bapanya.
Wanita itu juga mendakwa memerlukan duit untuk mendapatkan visa.
"Saya warga British, dia isteri saya. Dengan bayaran beberapa ribu sahaja sepatutnya kami boleh mendapatkan visa.
"Tapi saya tak sedar, mungkin kerana cinta. Setiap kali bangun tidur, saya tengok dia menangis dan merayu meminta wang.
"Jika saya tanya macam-macam, dia akan sedih dan menuduh saya sudah tidak mempercayai dia."
Pada April 2016, dia menerima sepucuk surat yang mendedahkan dia dan rakan kongsi perniagaannya, Kaye meminjamkan wang berjumlah £2.5 juta (RM13.6 juta) kepada wanita itu.
Dia terkejut apabila mendapati namanya diletakkan sebagai penjamin pinjaman itu sedangkan dia tidak tahu apa-apa mengenainya.
Sewaktu perbicaraan kes penceraian, wanita tersebut bersetuju untuk membayar hutang bekas suaminya dengan kadar £1,700 (RM9,240) sebulan.
Namun sampai kini dia tidak menjelaskan hutang dan menyebabkan bekas suami diisytiharkan muflis. -CARI |