View: 5235|Reply: 41
|
Tular Pelajar Perempuan Teguk Ketum
[Copy link]
|
|
Berikutan penyebaran gambar dan video pelajar yang didakwa meminum cecair disyaki air ketum tular bermula pagi semalam, polis dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) akan melakukan siasatan berhubung kes berkenaan.
Memetik BH Online, kejadian berlaku di Kelantan dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan, Superintendan Mit Emong berkata, pihaknya akan melakukan pemantauan menerusi Pegawai Perhubungan Polis (PPS) di sekolah di negeri itu.
Bagaimanapun, sehingga kini pihaknya masih belum menerima maklumat berkaitan kes itu.
"Kami akan menyiasat lebih lanjut untuk memastikan sama ada minuman itu adalah air ketum atau sebaliknya bagi menentukan kesahihannya," katanya.
Dalam masa sama, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Muhammad Zahari Othman berkata pihaknya juga sedang menjalankan siasatan berhubung kes terbabit untuk mengenal pasti sama ada membabitkan pelajar sekolah rendah atau menengah.
"Sekiranya ada, kita akan 'turun padang' ke lokasi yang dikenal pasti," katanya.
Sementara itu, Utusan Online melaporkan siasatan awal mendapati kumpulan remaja terbabit merupakan pelajar tingkatan tiga.
“Soal siasat ke atas pelajar mendapati mereka berkongsi duit bagi membeli sebotol air ketum yang berharga RM10. Perbuatan ini kali pertama dan mereka minum air itu kerana perasaan ingin tahu dan mahu mencuba.
“Pihak JSJN Kelantan sudah mengenal pasti lelaki yang menjual air ketum ini untuk tindakan lanjut dan tangkapan akan dibuat dalam tempoh terdekat,” kata sumber. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
yg bukan2 pulak yg ko org nak try, nak tahu, nak belajar
Nauzubillahiminazalik..
yg mendtgkan faedah, baik utk diri x nak pulak cuba |
|
|
|
|
|
|
|
Buat salah dah takde segan silu dah takde fikir masa depan. Haih apa nak jadi |
|
|
|
|
|
|
|
Semudah itukah bueli air ketum? Dengan uniform sekolahnya lagi |
|
|
|
|
|
|
|
hishhhhhh cm na boleh beli air tu dgn mudah je.....ape nk jadi la budak2 skrg ni...... |
|
|
|
|
|
|
|
yang rakam tu sapa pula.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hek eleh bukan air ketum pun...saja je orang yang viralkan bende ni. Ketum kalau nak minum tak salah pun..sebab ia bukan jenis ketagih dan untuk ketum sebesar botol tu berharga rm35 sebotol. |
|
|
|
|
|
|
|
Budak sekolah mana la ni. Baju sukan tu dh saing2 baju muslimah dah. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak tau apa yg best sgt dgn ketum ni, aku minum smpai habis sebotol takde apa pun, buat kembung perut je... |
|
|
|
|
|
|
|
espri6006: Hek eleh bukan air ketum pun...saja je orang yang viralkan bende ni. Ketum kalau nak minum tak salah pun..sebab ia bukan jenis ketagih dan untuk ketum ...
Tu kalau ketum asli..kalau ketum dah campur ubat batuk segala..boleh ketagih jgk...heret je g aadk bdk2 ni buat urine test...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nape minum ketum salah plak...siap polis rampas lagi air ketum yg dh siap bungkus tu kalau dpt tangkap. Baru2 ni rasanya mardi dah wat penerangan kat jabatan2 kerajaan pasal kebaikan ketum ni..masuk news lagi tapi kat ci ni mcm xde je. Rasanya tokan2 dadah ngan 9 naga cuba sekat ketum ni dari jadi sah. Abis business deme nnt dah le murah je. Berkhasiat plak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh baikkan kanser ke apa tah kata org |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nk drive jauh2, rebus daun ketum tu smp mendidih, letak air rebusan dlm botol. X payah campur benda2 lain pun. Mmg smp pagi x tido. Kalah redbull, kopi ke, hape ke. Jgn buat bnyk2, sebotol cukup utk diri sendiri. Klu kena tahan, biasa polis buat2 x tau je. Unless ko bwk air ketum berpuluh botol tu yg kena tangkap tu. Da try, mmg berkesan. |
|
|
|
|
|
|
|
air ketum ni klu campur benda2 lain yg jadi khayal tu yg tak bagusnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
tula..akak difahamkan air ketum ni elok utk bagi tenaga..org lepas bersalin pun ada yg minum dulu2.. tak pernah ler tau psl ni sebelum ni..jadi tular sbb ada yg campur benda lain yg jadi ketagihnya..
|
|
|
|
|
|
|
|
ceh. aku tgk video dgr bunyi mesin tebu kat background. bukan ketum tu. ketum ko tak leh minum sekali teguk macam tu la. pahit gila.... |
|
|
|
|
|
|
|
air ketum tu akan jadi salah bila campur dgn benda lain... actually ketum tu mmg ada kebaikkannya ..mcm abg iols punya mak mertua, dia ada kencing manis yg mmg teruk sangat2 ...tp lepas tu amalkan minum air ketum terus elok da .
air tu rasa mcm pahit2 je ...bukan apa pon ..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|