CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2506|Reply: 3

Tabiat Pelik Atau Penyakit? Tanpa Pengering Rambut, Wanita Ini Tak Boleh Tidur

[Copy link]
Post time 28-3-2018 04:51 PM | Show all posts |Read mode
Istilah bantal busuk atau bantal yang sentiasa ada dengan seorang kanak-kanak untuk lena tidur sudah sinonim, tapi di Amerika Syarikat berlainan pula cerita 'bantal busuk' ini. Di sana terdapat seorang yang sangat obses dengan pengering rambut sehingga menjadi teman tidur lena. Mari kita ikuti kisah Broady dan obsesnya dengan alat pengering rambut ini.


Sumber: dailymail.co.uk


Cerita Broady dan pengering rambut kesayangannya pernah disiarkan dalam kaca television pada tahun 2010 ketika perayaan Krismas. Menurut Broady, tabiat 'pengering rambut busuk' itu telah sebati dengan dirinya semenjak beliau berusia 10 tahun lagi. Sehingga kini pengering rambut masih digunakan untuk memastikan Broady tidur nyenyak setiap malam.


Suaminya seringkali menasihati agar menggugurkan tabiat peliknya itu kerana dalam jangka masa panjang, ia amatlah berbahaya. Suaminya khuatir yang akan berlaku masalah litar pintas sekiranya alat pengering rambut itu dibiarkan terbuka sepanjang malam. Ya, pengering rambut itu dibuka sepanjang malam!


Broady menyatakan yang hembusan angin alat pengering rambut itu dapat menenangkannya ketika malam seterusnya membuatkan tidurnya lebih lena. Broady juga menambah yang alat itu juga sebenarnya adalah sebagai pelepas rindu kepada keluarganya sejak sekian lama. Hidup bersama adik beradik seramai 10 orang membuatkannya rindu dengan keluarga selepas berkahwin. Pengering rambut itu juga adalah hadiah dari keluarganya semasa kecil.


Sumber: kaizenology.wordpress.com


Ramai yang mengecam perangai pelik Broady kerana dalam jangka masa panjang, angin panas dari pengering rambut itu boleh menyebabkan kebakaran. Lagi berbahaya sekiranya kebakaran berlaku apabila Broady sedang tidur nyenyak. Broady juga pernah melecur pada lengan dan kedua-dua dadanya akibat pengering rambut itu terlampau panas.


Tabiat Broady ini dikenali sebagai Psychological Soother yang mana pesakit menganggap barang-barang yang diketagihkan mereka sebagai penyelamat. Dalam kes ini adalah alat pengering rambut.


Sindrom ini bukannya biasa. Broady hanya ketagih dengan alat pengering rambut sahaja. Dalam cerita ini, amat sukar untuk membetulkan persepsi pesakit dan hanya sokongan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan sahaja cara terbaik untuk memulihkan sakit.


Alah, ramai dah ada penyakit Psychological Soother ni. Ramai sekarang obses dengan duit. Kalau tak ada duit, mestilah punya tak boleh tidur lena malam. Betul tak? -CARI


Sumber: terengganutimes.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2018 11:29 AM | Show all posts
mujur bukan seterika
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2018 12:43 PM | Show all posts
yg dlm gambar tu apehal????
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2018 03:38 PM | Show all posts
macam pelik jek. 1st time dgr penyakit ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.043949 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list