CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1611|Reply: 2

Sambutan Hari Jadi Paling Istimewa, Remaja Ini Khatam Hafazan 30 Juzuk!

[Copy link]
Post time 28-3-2018 03:13 PM | Show all posts |Read mode

Twitter @acanul_




Apabila tiba hari ulang tahun kelahiran, perkara yang sering ditunggu seseorang adalah sambutan hari jadi mahupun hadiah daripada keluarga ataupun mereka yang istimewa.

Namun begitu, berlainan dengan remaja ini, Ahsanul Fikri berkongsi rasa gembira di twitternya (@acanul) apabila berjaya khatam hafazan al-Quran 30 juzuknya.





Twitter @acanul_




Sambutan hari jadi Ahsanul mungkin nampak ringkas, tetapi dia berasa gembira yang tak terhingga kerana bukan sahaja dapat menamatkan hafazan al-Quran, serta dikejutkan dengan hadiah kek daripada kenalan Twitternya.


Remaja itu merupakan graduan daripada Darul Quran yang terkenal dengan melahirkan ramai hafiz dan hafizan al Quran di Malaysia.


Kegembiraan Ahsanul itu turut dirasai netizen apabila ramai yang mengucapkan tahniah atas kejayaannya itu serta berbangga dengan usaha remaja terbabit dalam menghafaz al-Quran.




Foto: Twitter




Sepatutnya, perkara seperti inilah dijadikan contoh untuk remaja lain. Semoga ilmu pengetahuan dan hafazan al-Quran remaja ini membawa manfaat yang besar kepada masyarakat sekeliling. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2018 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Woww..salute dik.
2 3 tahun lagi konpem disambar orang
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 07:32 PM | Show all posts
moga tak terlibat dengan program2 imam muda ke pencetus ummah ke
yang aku tengok hasilnya alahai, asyik berkontroversi dengan retis sana sini
asyik2 surat terbuka kepada sekian2
dah macam bbnu

kalau mufti aku terima lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.513510 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list