Pakar psikologi wanita ditahan selepas membawa lari pesakit mental lelaki yang berbahaya dari Hospital Arkansas, Amerika Syarikat.
Memetik Arkansas Times, Michelle Messer didakwa membantu Cory Chapin, 46, lari dari hospital berkenaan melalui Unit Forensik sebelum menaiki kereta jenis Mazda 3S berwarna biru milik Michelle pada 20 Mac lalu.
Polis kemudian berjaya mengesan mereka di Clark County, Nevada sebelum dibawa ke Pusat Tahanan Clark County.
Ini merupakan kali kedua Cory melarikan diri ke Clark County. Rekod mahkamah menunjukkan dia dimasukkan ke hospital berkenaan pada 2015 selepas dituduh melakukan penculikan dan penyalahgunaan dadah serta mencuri.
Cory yang melarikan diri pada Februari 2016 ketika dua hari 'bercuti' dari Arkansas untuk melawat bapanya, ditemui semula di Las Vegas pada Oktober dan dipindahkan ke unit psikiatri pada November.
Sementara itu, Astro AWANI melaporkan, tiada laporan menunjukkan kedua-dua mereka memiliki sebarang hubungan romantik, malah Michelle dipercayai menjalin hubungan sejenis dengan pasangannya, Judith Lewis dan tinggal bersama di Sherwood.
Foto: Mail Online
Difahamkan, ketika soal siasat Cory mendakwa dia menerima arahan daripada Tuhan yang mengarahkannya untuk menculik dan merogol wanita yang memotong rambut.
Dia bagaimanapun didapati tidak bersalah atas alasan menghidap masalah mental.
Pada 2015, doktor mendakwa Cory menghidap masalah bipolar dan memerlukan rawatan bagi mengelak melakukan serangan. - CARI