CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2035|Reply: 2

Jangan Makan Ketam Ketika Hamil, Nanti Air Liur Anak Asyik Meleleh! Betulkah?

[Copy link]
Post time 28-3-2018 10:57 AM | Show all posts |Read mode
Setiap kaum pasti mempunyai pantang larangnya tersendiri. Bergantung kepada anda untuk percaya atau tidak, tapi anda perlu tahu kebanyakan pantang larang bertujuan untuk menjaga dan mengelakkan berlakunya perkara tidak diingini kepada anda ya!

Eh! Ada 3 jenis pantang larang setiap kaum? Apa je tu..




MELAYU

1) Tidak boleh menimbulkan pergaduhan atau ketidakpuasan hati orang lain


Foto: 3a2ilati.com





Ramai percaya bahawa jika menghina atau mencaci orang lain, maka nanti anak yang dikandung juga akan menyerupai rupa orang tersebut.


Bukan begitu, ia sebenarnya bertujuan bagi mengelakkan anda dari tercedera dan terjadinya perkara yang boleh memudaratkan anda. Yalah, kalau dah sampai berlaku serangan fizikal, dikhuatiri anda terjatuh dan sebagainya.


2) Elakkan daripada mencederakan haiwan


Foto: Cutescats.co





Ada orang cakap, anak bakal lahir itu akan menyerupai haiwan yang dicederakan tersebut. Ish! Mesti anda tidak mahu sama sekali berlaku sedemikian, kan?


Pantang larang sebegini adalah kerana tidak mahu haiwan tersebut tercedera akibat dari perbuatan anda. Maka, sebaiknya jauhi mana-mana haiwan jika bimbang boleh mencederakannya.






CINA

1) Tak boleh makan ketam ketika mengandung


Foto: Daridapur.com





Haish! Pelik,bukan? Bagi budaya Cina, anak yang lahir akan selalu melelehkan air liur jika si ibu makan ketam ketika dia masih dalam kandungan.


Ada pula begitu? Ia sebenarnya bertujuan bagi menjaga kandungan si ibu daripada mengambil makan laut secara berlebihan. Selain itu, ia juga dapat merosakkan perkembangan otak dan sistem saraf bayi itu sendiri.




2) Jangan Minum Ais dan makan tembikai


Foto: Suhili-nian.blogspot.com



Alamak, sedapnya tembikai! Buat ibu mengandung, Sirap Limau.com memetik bahawa Ais dan juga tembikai akan mengakibatkan bayi menjadi besar.


Eh, mengarut saja mitos ini! Mana ada kesan sebegitu, sebaliknya tembikai banyak memberikan khasiat buat anda.



INDIA

1) Jangan kerap tidur  berlebihan


Foto: Hellosehat.com





Buat ibu mengandung, anda jangan salah faham ya! Maksud tidur di sini ialah jika anda tidur secara berlebihan maka anda akan tertinggal pengambilan ubat mengikut waktu. Untuk mengelakkan hal seperti ini berlaku, anda tidak digalakkan tidur secara berlebihan yang boleh memudaratkan anda dan bayi.


2) Tidak boleh melawat dalam tempoh berpantang


Foto: Siraplimau.com





Waktu berpantang bagi kaum India adalah selama 60 hari. Lama tu! Jadi sepanjang tempoh pemulihan si ibu, saudara mara dan jiran tertangga tidak boleh melawat kerana dikhuatiri dapat mengganggu waktu rehat si ibu dan juga dapat memberikan kesan kepada bayi. Ia kerana antibodi bayi juga masih lemah dan dapat mudah untuk mendapat penyakit.


Jadi, melawatlah selepas ibu tersebut sudah selesai tempoh berpantang ya!




Sebenarnya, banyak lagi pantang larang ketika mengandung. Tapi, ada ke orang sekarang masih mengamalkan pantang larang seperti ini? Perlu diketahui, kesemua pantang larang ini hanyalah untuk memberi perlindungan buat anda dan juga si comel agar terus berada dalam keadaan sihat. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2018 11:38 AM | Show all posts
sepupu aku punya bini lg byk pantang larang..
laki xleh ketuk paku la..
mkn nasi kne 2 sudu je takut anak beso..
mcm2 lg la..korg dgr cm nk tampo je..
sudahnye anak kua kunin trok sbb xcukup zat..
nasib la labu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2018 12:56 PM | Show all posts
kawan cainis aku pulak bgtau klu dorg pregnant tak boleh mkn sotong..sotong kan banyak tangan..takut kenan ke apa ntah ler..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.039765 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list