CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2983|Reply: 14

'Selfie' Dengan Kekasih Yang Asyik Berkucup Dengan Pemuda Lain

[Copy link]
Post time 26-3-2018 12:34 PM | Show all posts |Read mode




Putus cinta itu perit.
Sementelah lagi terpaksa putus cinta kerana kekasih curang – malahan lagi sakit kerana anda sendiri yang menyaksikan kecurangan tersebut.


Oh! Sakitnya hati.

Baru-baru ini tular gambar seorang jejaka, Mariano, 20 yang berswafoto di hadapan kekasih hatinya sedang bercumbu dengan pemuda lain.

Mariano yang berasal dari Argentina itu menulis bahawa dia tidak sengaja muncul di pesta tersebut. Ketika sedang berbual dengan rakannya, dia sangat terkejut melihat kekasih hati sedang bermesra dengan orang lain hinggakan tidak sedar dengan keadaaan sekeliling.

Tidak seperti aksi lelaki lain yang akan terus memukul lelaki perampas tersebut, Mariano sebaliknya menghampiri pasangan tersebut lalu berswafoto diam-diam.


Ironinya pasangan tersebut langsung tidak menghiraukan kehadiran Mariano yang hanya beberapa sentimeter sahaja jarak mereka.

Mariano kemudiannya menghantar ke media sosial dengan kapsyen “Kekasih saya (kini bekas) tidak menyedari kami datang ke pesta yang sama.”



Foto Carian internet


Gambar itu mendapat ‘like’ sebanyak 67,000 hinggakan bekas kekasihnya meminta maaf kepada Mariano dengan alasan dia terlalu mabuk dan tidak sedar bagaimana boleh bersikap sedemikian.

Namun Mariano tidak menghiraukan bekas kekasihnya dan kini mereka menjalani kehidupan masing-masing.

Benar, putus cinta itu perit namun lebih perit mengetahui orang yang dicintai itu tidak setia. Jadi, daripada memendam rasa, baik lepaskan sahaja. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2018 12:41 PM | Show all posts
bagus la matang gitu.. nak meroyan wat apa..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2018 03:11 PM | Show all posts
tabah nya lahaiii..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2018 04:07 PM | Show all posts
Kan? Tak berbaloi nak gaduh-gaduh berebut jantan/betina yang tak setia
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2018 06:24 PM | Show all posts
klu melayu & Indon...dah terburai isi perut dah.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2018 08:55 PM | Show all posts
kalo kat sini siap suruh followers 20jota tuh  attack siap pakej maki hamun segala
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2018 11:11 PM | Show all posts
ko hensem dek anytime bole cari pengganti lebih helok
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 12:57 AM | Show all posts
Takziah kepada brother ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2018 12:31 PM | Show all posts
Bagus sebab tak cepat melenting. Teringat dulu dekat ex aku. Kata nak pergi kluar dengan kawan perempuan tgk wayang. End up terkantoi dengan aku dia dating dgn lelaki lain dekat mid valley.

Terus dia tak jadi tgk wayang. Rugi duit lelaki tu. Padan muka. Aku pulak teruskan aktiviti tgk wayang. Kebetulan jumpa dia 2 tahun lepas masa tgh lunch dekat area opis & dia kata yg dia dah 3 kali jadi janda. Aku padan kan muka dia jer sebab gatal sangat
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 06:34 PM | Show all posts
yes...bagus...klu nak pkl pon make sure pkl kedua2nya...akak puji sikap adik ni yg mengendahkan rayuan ppuan jijik ni tuk kembali.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
DollahRepek replied at 27-3-2018 12:31 PM
Bagus sebab tak cepat melenting. Teringat dulu dekat ex aku. Kata nak pergi kluar dengan kawan perem ...

3 kali babe??  Ko tak kesian ke? Mmg kifarah tu ada kan. Tak kira la ko tunang ke kekasih ke tapi klu dh mencurang pahtu sakitkan hati org mmg akan dpt cash lama2.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
moveon cepat2
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 07:54 AM | Show all posts
naina replied at 27-3-2018 10:48 PM
3 kali babe??  Ko tak kesian ke? Mmg kifarah tu ada kan. Tak kira la ko tunang ke kekasih ke tapi  ...

Takde kesian pun. Padan muka lagi adalah sebab gatal bijik sgt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2018 09:12 AM | Show all posts
mesmerize replied at 26-3-2018 11:11 PM
ko hensem dek anytime bole cari pengganti lebih helok

Kan?
Dont wory k

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 09:15 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 26-3-2018 12:41 PM
bagus la matang gitu.. nak meroyan wat apa..

patutnya ikut jejak langkah pian plakton..buat lagu lemau.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.068167 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list