CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2325|Reply: 6

Tangan Bagai Dirasuk, Selami Derita Penghidap Sindrom Tangan Alien

[Copy link]
Post time 22-3-2018 03:36 PM | Show all posts |Read mode
Dalam keadaan tenang dan damai, bayangkan tiba-tiba tangan kita bergerak sendiri dan cuba untuk mencekik kita. Seolah-olah hilang kawan terhadap anggota badan sehinggakan kita boleh mencederakan diri sendiri. Selalu kita nampak senario ini dalam cerita komedi slapstick dahulu kala, tapi tahukah anda bahawa ianya berlaku dalam realiti. Mari kita rungkai penyakit pelik ini.


Sumber: sites.psu.edu


Penyakit ini dikenali dengan nama yang sangat unik iaitu AHS atau Alien Hand Syndrom yang menyebabkan seseorang itu hilang kawalan terhadap anggota badannya sendiri seperti tangan. Sindrom tangan alien ini dikenalpasti pada tahun 1908 oleh Kurt Goldstein, seorang pakar neuorologi dari Jerman dan rekod penyakit ini sangat kurang dalam julnal perubatan kini.


Ini barulah tangan alien betul!
Sumber: Amazon.com


Ia berpunca dari gangguan saraf yang mana penghidapnya tidak dapat mengawal tingkah laku tangannya sehingga tangan tu seolah-olah mempunyai akal sendiri. Nama pun dah unik, tapi namanya itu tiada langsung kaitan dengan alien. Penghidap ini ada potensi untuk membuang anggota badan tersebut kerana beranggapan anggota badan itu bukanlah dari sebahagian tubuhnya. Gila betul!


Antara punca penyakit ini adalah kecederaan otak seperti trauma di kepala, jangkitan, strok atau tumor. Terdapat juga kes penghidap AHS ini adalah kesan sampingan dari pembedahan otaknya.


Sumber: Youtube Channel Think Tank


Karen Byrne dari New Jersey, Amerika Syarikat adalah salah satu contoh terbaik penghidap AHS selepas menjalani pembedahan otaknya ketika berusia 27 tahun. Pembedahan itu bertujuan memotong sedikit bahagian otaknya yang dikenali sebagai Callosum Corpus. Ia adalah kawasan otak yang menghubungkan kedua bahagian otak. Tujuan pembedahan itu adalah untuk menyembuhkan epilepsi yang dihadapinya semenjak berusia 10 tahun.


Pembedahan berjaya dan Karen pulih sepenuhnya dari epilepsi tetapi dengan kesan sampingan yang teruk. Tangan kirinya tiba-tiba membuka butang bajunya tanpa disedari. Hasil dari peristiwa itu, Dr. Fredrick Assal dari Switzerland berkongsi dapatannya dari kes yang lain serupa dengan Karen. Seorang lelaki yang telah diimbas otaknya selepas terkena strok juga menghidap AHS. Dr. Fredrick menunjukkan terdapat aktiviti di kawasan otak menyebabkan pergerakan pada tangan yag langsung tidak disedari oleh pesakit.


Sumber: curiouslystrangehorror.tumblr.com


Walaupun ia tidaklah berjangkit, tetapi ia mengundang masalah psikologi seperti malu dan ada ketika boleh membahayakan diri pesakit. Ada pesakit berlawan dengan tangannya sendiri dan ada juga yang mengikat tangan mereka untuk menghalang tangan tersebut dari bergerak sendiri.


Buat masa ini masih belum terdapat sebarang rawatan dan ubatan khusus untuknya. Sedihnya! -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2018 06:51 PM | Show all posts
Ooo kesahnya
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Erk scaryy
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru tahu..good info
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 10:05 AM | Show all posts
Pertama kali baca..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan seluk kemaluan orang dah la.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2018 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
{:laugh errrrrrr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.118897 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list