View: 4201|Reply: 4
|
Pasti Tak Boleh Move On Dengan Bawal Goreng Dan Sotong Percik Di Sini..
[Copy link]
|
|
Warga Cyberjaya, untunglah ada tempat makan sedap seperti Bawal Power Sempoi.
Apa yang best di sini? Bayangkan hanya RM15 anda boleh menikmati makan tengahari yang enak lagi memuaskan.
Tempat ini popular di kalangan orang-orang yang bekerja sekitar Cyberjaya dan Putrajaya.
Mana taknya, mereka menyediakan aneka makanan laut bakar dan goreng. Antara menu wajib cuba ialah Sotong Bakar Percik and Bawal Goreng.
Foto:Facebook
Anda juga boleh memesan set menu di sini. Ia dihidang bersama nasi, kuah kari ikan, bendi, sambal dan ulam.
Foto:Facebook
Setiap jenis makanan laut seperti sotong dan ikan dijual pada harga tetap tanpa mengikut saiz. Jika anda memesan set menu, nasi boleh ditambah secara percuma.
Foto:Facebook
Dijamin puas hati dan kenyang. Saiz makanan laut juga cukup besar dan anda boleh memesan beraneka menu bersama rakan atau keluarga dan kongsi bersama.
Paling penting makanan laut yang disajikan di sini segar, dibeli dari pasar berhampiran. Harga Set Menu (set bakar atau goreng termasuk nasi & ulam):
Foto:Facebook
Sotong - RM15
Siakap - RM15
Bawal - RM11
Kembung - RM10
Cencaru - RM10
Keli - RM8
Pari - RM8
Info lokasi:
TSI Sport Arena Food Court, Jalan Usahawan 2, Cyberjaya
011-3533 1741
11am - 4pm (tutup Ahad)
FB: https://www.facebook.com/Bawal-Power-Sempoi-Cyberjaya-1433968970258997/
Terliur tengok gambar. Mereka yang duduk di luar Cyberjaya atau Putrajaya kami jamin sungguh berbaloi makan di sini!
Foto:Facebook
Jom, tunggu apa lagi! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Terlioq aihh tgk dpt gaji nt bole p tgk |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu juga makan sini...not bad. |
|
|
|
|
|
|
| |
|