CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1965|Reply: 1

Muka Comel, Tapi Berpanau? Guna Lengkuas Pun Dah Cukup Untuk Rawat!

[Copy link]
Post time 22-3-2018 10:59 AM | Show all posts |Read mode
Ala, muka comel-comel, tiba-tiba ada panau pula! Masa ini mulalah mencari ubat dan petua bagi merawat panau yang menjajah di wajah kita. Tidak keruan rasanya memikirkan bagaimanakah nak menghilangkan panau tersebut.


Nak cari ubat, tapi nak guna yang betul-betul pasti tidak akan meninggalkan kesan negatif pada kulit. Ada ke?


Nah, di sini ada cara untuk menghilangkannya hanya dengan menggunakan bahan semula jadi seperti dipetik dari Vemale. Jon tengok!


1) Lengkuas


Foto: Hellosehat.com





Wah, mesti ramai tak tahu lengkuas pun boleh menjadi penawar kepada panau, kan?


Potong sedikit lengkuas dan gosokkan pada panau di wajah selama lima minit. Lakukan sebanyak dua kali sehari ya. Anda juga boleh mengisar lengkuas tersebut bersama satu sudu garam dan oleskan pada wajah selama 30 minit. Kemudian bilas dengan air suam.


2) Kunyit

Foto: The Sophisticated Caveman





Kupas kunyit sebesar satu jari dan gosok perlahan pada wajah selama lima minit. Atau anda juga boleh menghaluskan kunyit tersebut dengan menumbuknya, kemudian oleskan pada wajah dan biarkan selama lima minit. Selepas itu, bilas dengan air suam.




3) Bawang putih


Foto: Ms.Wikipedia.org





Ambil seulas bawang putih dan potongkan menjadi dua bahagian, kemudian gosokkan selama lima minit pada wajah. Lakukan dua kali sehari.




4) Limau nipis


Foto: Rasa.my





Campurkan limau dengan satu sudu belerang yang ditumbuk halus bersama satu sudu perahan jus limau. Oleskan di muka yang berpanau, kemudian bilas dengan air suam.


5) Belimbing buluh

Foto: Pasartap.com






Belah dua belimbimng berkenaan dan usapkan pada wajah selama lima minit. Biarkan ia kering sebelum dibilas.


6) Yogurt


Foto: Woman.Forumdaily.com





Kalau anda tak kisah berbelanja lebih sedikit, bolehlah oleskan yogurt tawar pada wajah dan biarkan selama 30 minit. Selepas itu, bersihkan bersama air suam.


Selain itu,anda juga boleh meminum air yogurt sebanyak dua gelas setiap hari bagi mengelakkan bakteria panau dari dalam.


Anda perlu mencuba cara ini bagi menghilangkan panau tanpa meninggalkan kesan yang boleh memudaratkan anda. Semoga ianya berkesan dan selamat mencuba. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2018 11:24 AM | Show all posts
klu gune kunyit tu mau seminggu ade taik lalat kunin..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.039599 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list