GAMBAR SEKADAR HIASAN
Bukan hendak kata, sekarang ini ramai orang yang beragama Islam yang tidak solat. Sedangkan solat itu wajib dan merupakan tiang agama. Jika runtuh tiang, maka runtuhlah agama. Bayangkan selepas meninggal dunia nanti, perkara pertama yang akan ditanya dan dihisab ialah tentang solat lima waktu. Jadi, tiada alasan bagi sesiapapun untuk meninggalkannya hatta ketika sedang sakit sekalipun.
Seorang Doktor Perubatan bernama Fahd Razy berkongsi hal pesakit yang mana ramai tidak solat ketika berada di wad melalui laman Facebook miliknya. Dia berasa sedih kerana pelbagai alasan yang diberikan oleh pesakit ketika dia cuba bertanyakan tentang solat.
Dalam status Facebooknya juga, dia berpesan agar ahli keluarga dan sanak saudara yang menemani dan datang melawat dapat membantu pesakit solat.
Menyedihkan.Macam-macam alasan pesakit yang tidak mahu solat.
Mulai hari ini, kalau anda nak melawat pesakit, tak payah bawa makanan banyak-banyak. Tak perlu bunga, atau kad, atau KFC..
Netizen turut berasa sedih kerana mereka sedar yang ramai pesakit yang tidak solat ketika sedang menerima rawatan di wad. Memang boleh kira berapa orang saja yang solat dan asyik jumpa muka yang sama saja jika bertembung di surau wad.
Yang menyedihkan lagi, netizen turut komen yang mana ahli keluarga atau saudara yang menemani pesakit di dalam wad juga tidak menjaga solat. Macam mana mereka ingin membantu dan menasihati pesakit supaya solat sedangkan mereka sendiri tidak menunaikan solat.
Apabila sakit, ramai yang mendoakan agar cepat sembuh dan menganggap sakit itu penghapus dosa. Tapi kalau tengah sakit tetapi tidak solat, macam mana Allah nak hapuskan dosa? Makin bertambah dosalah nampaknya.
Ingatlah, ibadah solat mestilah ditunaikan dalam apa jua keadaan dan dimana pun kita berada. Tengah kalian sihat ni, belajarlah cara solat ketika sakit supaya tiada alasan untuk kalian meninggalkan solat. - CARI |