CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4538|Reply: 10

7 Pemandangan Semula Jadi Menakjubkan Di Arab Saudi, Terpegun Seketika!

[Copy link]
Post time 21-3-2018 11:32 AM | Show all posts |Read mode
Arab Saudi negara luas yang mempunyai landskap mengagumkan. Dari Shaabi Souk ke pergunungan yang indah dan pantai mempesonakan, di sini pelbagai pemandangan dapat disaksikan.

Marilah rehatkan minda seketika sambil menjamu mata pemandangan indah berikut!




1. Elephant Rock


Sukar dipercayai ia berlaku disebabkan hakisan tanah selama berabad-abad



Al Ula amat memukau pemandangan. Ia pasti akan menjadi tumpuan apabila Arab Saudi mengeluarkan visa untuk pelancong.




2. Al Ahsa Oasis.



Menghijau ... oasis di kawasan padang pasir





Ia adalah oasis terbesar di dunia yang berinfrastruktur lengkap dan memiliki 1.5 juta pokok palma. Takungan air semula jadi di bawah paras tanah menukarkan padang pasir ini menjadi kawasan menghijau seluas 30,000 ekar.




3. Jabal Abyad


Seronok ... kepelbagaian dalam pemandangan



Merupakan gunung berapi tertinggi pada ketinggian 2,093 meter. Ia mulai menarik perhatian pelancong dari seluruh negara yang datang untuk melihat lanskap unik di sekeliling gunung berapi itu.




4. Edge of the world


Hebat ... lanskap berbeza yang mengkagumkan





5. Fayfa


Cantik ... macam kota dalam cerita dongeng



Lanskap di Fayfa kelihatan seperti di Timur Afrika. Ia sangat berbeza daripada seluruh negara yang akan membuat anda terlupa bahawa anda sebenarnya sedang berada di negara di mana sebahagian besarnya dipenuhi pasir dari padang pasir.




6. Farasan Islands


Mengagumkan ... masih belum tercemar



Kaya dengan hidupan air yang berwarna-warni, kepulauan ini merupakan salah satu lokasi terbaik di dunia untuk aktiviti menyelam. Pelbagai jenis ikan dan terumbu karang di perairan ini menjadikan ia pusat tumpuan pelancong dan penduduk Arab Saudi sendiri.




7. Jabal Sawda


Mempesonakan ... saujana mata memandang



Dikatakan tempat paling tinggi di negara itu, dengan ketinggian hampir 3,000 meter, pemandangan dari puncak ke daerah banjaran pergunungan sangat cantik lagi mengagumkan. Boleh berkereta untuk ke puncak dengan jalan raya dari kota Abha.  










Lokasi menarik, berbeza daripada yang lain. Indah mempesonakan, itulah keajaiban ciptaan Tuhan Yang Maha Berkuasa. - CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2018 11:46 AM | Show all posts
Selalunya dimana-mana pun kalau pemandangan dari bird view memang nampak lebih cantik berbanding dari dari darat.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 03:40 PM | Show all posts
Subhanallah cantik
sayang nya mereka dah tutup border saudi-qatar

kalau x boleh road trip ke sana
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 07:28 AM | Show all posts
subhanallah... cantik ciptaan tuhan
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
SubhanAllah
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 03:17 PM | Show all posts
subhanAllah... indah ciptaanNya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2018 06:35 PM | Show all posts
jabal sawda tu cantik
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2018 03:08 PM | Show all posts
cantiknya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2018 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
teringin pulak nak pi
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2018 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Fayfa lawa
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2018 03:15 PM | Show all posts
cantiknya ya Allah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.088617 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list