CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2835|Reply: 0

Nak Buat Sesuatu? Fikir Apa Niat Kita Dulu

[Copy link]
Post time 16-3-2018 11:17 AM | Show all posts |Read mode
Sebelum terlambat baik menyesal dulu. Macam mana tu ya? Begini, saban hari kita dengar dalam berita atau baca di Facebook tentang sesuatu tragedi. Baru-baru ini ada kes seorang suami mengamuk dan mencederakan isterinya dengan sebilah parang panjang.


Puas saya fikir, apakah agaknya yang ada dalam fikiran lelaki itu hingga dia tergamak melakukan tindakan sebegitu? Kalau dia seorang saja yang gila, itu satu hal. Tapi ada pula rakannya yang turut terlibat sama. Ah, berapa ramai sebenarnya orang Malaysia yang sakit jiwa sekarang ni ya?


Kalau sakit jiwa, mustahil dia menyembunyikan diri selepas kejadian. Ertinya masih ada sekelumit rasa takut pada waktu itu hingga membuatkan dia dirinya rasa tidak selamat. Memang tak selamat pun kan sebab sudah disabitkan dengan kesalahan jenayah. Baru nak menyesal? Apa gunanya?


Foto: wikiravan.com


Saranan saya kepada sesiapa saja yang sedang dirundung masalah walau sebesar gunung sekalipun, cubalah bertenang dan sabar. Usah dilayan rasa marah atau sentap itu. Ya, cakap memang senang tapi macam mana hendak kawal diri bila rasa itu tiba?


Contohnya bila darah sedang mendidih, mulalah rasa macam hendak pukul orang saja atau rasa macam hendak maki orang saja. Contoh lain pula, bila hati sudah bengkek, mulalah rasa hendak post makian atau sindiran dalam media sosial. Sebenarnya itu adalah perkara biasa yang kita rasa setiap hari.


Jadi, apa yang patut kita buat untuk mengawal rasa ini agar tidak melampau yang akhirnya akan memalu dan menyusahkan orang lain?  Saranan saya, gunalah akal yang waras dan bertenang apabila berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini. Namun, bagaimana pula hendak berfikir waras dan tenang? Macam susah aje kan?


Berikut Adalah Panduan Bagaimana Hendak Berfikir Waras Dan Tenang


1. Hawa nafsu
Tahukah anda benda yang mudah merasuk di dalam fikiran dan hati kita ialah hawa nafsu yang tidak terkawal. Fahamilah apa yang dimaksudkan dengan hawa nafsu ini barulah anda akan mudah mengawalnya.  Ketahui balasan kepada orang yang mengikut hawa nafsu, barulah anda akan takut dan insaf. Jadi,  lawan hawa nafsu ini dengan sabar. Jika tidak tahu, belajar cara bagaimana hendak melawannya, anda kena belajar. Topik ini sangat panjang dan saya tidak dapat mengupas di sini.  


Foto: Lifehack


2. Boomerang
Ingatlah, benda yang pergi bergolek akan datang bergolek juga. Bila kita melampiaskan rasa marah pada orang, energi negatif itu akan kembali semula pada kita seperti boomerang. Jika niat kita hendak memalukan orang, maka akhirnya kita akan dimalukan pula.


3. Marah itu syaitan
Lumrah untuk kita berasa marah tetapi melayan rasa marah itu adalah seperti meniru tindakan syaitan. Akibat marah, tidak puas hati, bengang, menyampah, benci atau apa-apa sahaja yang bersifat negatif, kita melampiaskan kemarahan kepada pihak lain khususnya orang yang lemah. Jadi, bila marah, jangan diikutkan rasa itu. Hentikan ia dengan berfikir perkara yang baik-baik. Be positive. Insya-Allah marah anda akan reda. Letakkan niat hendak mendidik, insya-Allah kita akan bertindak dengan lebih berhemah.


4. Bersihkan hati
Hasad dengki, cemburu, marah dan sebagainya lagi datang dari hati yang kotor. Memang kita semua tidak sempurna dan hati kita tidak bersih tetapi sekurang-kurangnya, jangan jadikan ia sarang. Bila marah itu datang, curah ia dengan air kesabaran dan keimanan. Begitu juga dengan pelbagai lagi rasa yang negatif. Hingga nanti hati anda akan lebih kebal dan kuat hingga tidak mampu disinggahi lagi oleh perasaan yang negatif. Jika niat kita mahu hidup aman damai, Insya-Allah kita akan berfikir yang baik-baik sahaja.


Foto: Jacobandrae.com


Demikianlah serba sedikit solusi yang dapat saya sarankan buat sesiapa sahaja yang selalu tidak mampu mengawal energi negatif dalam dirinya. Ingatlah energi negatif akan menjejaskan kesihatan kita. Badan yang tidak sihat akan menghasilkan stres dan seterusnya menjemput pelbagai penyakit kronik.


Semoga anda akan menjadi orang yang lebih sabar dan berbudi. Ingat ya, sebelum melakukan sesuatu, fikir dulu apa niat kita, barulah tidak sesat. Hingga jumpa lagi.


Sekian,
Liza Ali
Facebook: Liza Ali
www.123mamanet.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.082965 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list