Kita sudah pun memasuki bulan Mac 2018, yakni trimester pertama jika dihitung seperti ibu mengandung.
Bagaimana dengan azam kurus anda baru-baru ini?
Ada menunjukkan perubahan positif? Atau sebaliknya?
Atau anda sudah pun melupakan azam tersebut dengan alasan yang direka untuk menyedapkan diri sendiri?
Netizen, Nurul Arija berkongsi rahsianya yang berat badannya kekal 45kg malahan perutnya juga kempis tidak seperti ibu yang mempunyai anak dua.
Rupa-rupanya Nurul mengamalkan jamu dan air rebusan yang sangat bagus untuk mencairkan lemak tepu.
Maklumlah, dengan pertambahan usia, metabolisme pun semakin kurang membuatkan lemak dalam badan semakin sukar untuk dihapuskan.
Jom kita lihat perkongsian air rebusan khas untuk detokskan lemak anda dengan mudah.
Rasanya tidak lah pahit mengikut kata Nurul malah ada rasa masam manis pula yang menggunakan quote ‘pinggan secekak’ bagi menguatkan resipinya.
Bahan-bahan - Lemon, kulit kayu manis jenis ceylon, serai, halia, 7 biji bunga cengkih
1) Rebus dalam 20 minit.
2) Setelah direbus, perahkan lemon ke dalam segelas air.
3) Masukkan sesudu madu lebah
Amalkan sehingga anda dapat merasakan lemak mencair sekaligus memudahkan untuk anda turun berat badan. Jom cuba! - CARI
Kredit : FB Nurul Arija |