Buat penggemar teh, anda perlu membaca artikel ini bagi memastikan tubuh sentiasa sihat. Kenapa pula? Takkanlah teh pun boleh membahayakan kesihatan?
Memetik Merdeka.com, minum teh ketika perut kosong boleh memudaratkan kesihatan anda! Baca dan hadam info berikut jika sayangkan diri sendiri.
1) Aktiviti seharian terbatas
Foto: Ummi-online.com
Minum teh di waktu perut kosong akan mengehadkan aktiviti seharian anda dengan mengganggu sistem metabolisme disebabkan ketidakseimbangan zat asid dalam badan.
2) Merosakkan gigi
Foto: Doktoruldedinti.com
Selain itu, gigi juga boleh rosak jika meminum teh dalam keadaan perut kosong. Ini kerana ia dapat meningkatkan kadar asid dalam mulut dan menyebabkan berlakunya hakisan di enamel gigi.
3) Dehidrasi
Foto: Cintaihidup.com
Selain dari meningkatkan asid dalam tubuh dan menyebabkan dehidrasi, minum teh saat perut kosong boleh menyebabkan terjadinya kejang otot.
4) Perut kembung
Foto: Ibfnetwork.org
Untuk pengetahuan anda, ia juga boleh menyebabkan terjadinya kembung perut pada waktu pagi. Ianya kerana kandungan laktosa yang tinggi sementara susu dapat mempengaruhi kesihatan usus yang boleh menyebabkan terjadinya sembelit.
5) Mual
Foto: Youtube.com
Kalau degil juga, tanggung sendiri akibatnya! Jika tak mahu terasa mual, jangan minum teh tanpa mengisi perut terlebih dahulu, okey?
6) Pening
Foto: Megranna.blogspot.my
Pening? Ini kerana teh juga mempunyai kafein yang akan membuatkan anda terasa pening dan berasa tidak selesa.
Tapi, ada juga yang meminum teh di saat perut kosong dan tidak mendapat kesan seperti berikut. Ia bergantung kepada tahap metabolisme diri masing-masing. - CARI |