|
View: 1367|Reply: 5
|
Gara-Gara Liverpool Kalah, Carragher Ludah Ke Muka Remaja 14 Tahun
[Copy link]
|
|
|
Sumber Google
Kekecewaan atas kekalahan dengan Manchester United di Old Trafford, Sabtu lalu, menyebabkan bekas pemain Liverpool Jamie Carragher gagal mengawal kemarahan dan bertindak meludah seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.
Dalam sebuah rakaman video oleh Daily Mirror, Carragher yang juga bekas pemain pertahanan England itu dilihat meludah remaja berkenaan dari dalam keretanya.
Memetik laporan Daily Mail, difahamkan remaja tersebut sedang berada dalam kereta bersama bapanya, yang pada ketika itu sedang bertelagah dengan Carragher mengenai perlawanan Manchester United dengan Liverpool itu.
Carragher yang berang mendengar keputusan perlawanan itu diulang-ulang, terus meludah dan terkena muka gadis berkenaan, membuatkan remaja itu menangis.
Bagaimanapun Carragher, 40 tahun, telah menghubungi keluarga remaja tersebut dan memohon maaf berhubung kejadian itu yang disifatkannya sebagai tidak terkawal dan benar-benar tidak boleh diterima.
Carragher memuat naik posting dalam twitter, memohon maaf
Dia juga telah memuat naik posting di Twitter menyatakan permohonan maafnya.
Sabtu lalu, Marcus Rashford menjadi wira apabila meledakkan dua jaringan untuk membantu Manchester United mencatat kemenangan 2-1 ke atas Liverpool.
Keputusan itu mengekalkan United di tangga kedua liga, namun terpisah 13 mata daripada pendahulu Manchester City. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
padan muka kena ludah... ejek la lagi  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pangai sakai liverfool bladifool ni mmg tak bertepi |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
lol carragher
you'll never walk alone |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
well, pepatah orang tua-tua ada mengatakan, lelaki bodoh kerana bola.  |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|