CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1489|Reply: 12

Ngilu Tapak Tangan! Macam Mana Boleh Kena Tu Dik?

[Copy link]
Post time 12-3-2018 10:08 AM | Show all posts |Read mode
Kanak-kanak lelaki terpaksa menahan sakit lebih sejam selepas tapak tangan kirinya tertusuk besi panah ikan ketika menangkap ikan di sungai di Kampung Ulu Sungai, Raub, semalam.


Memetik Harian Metro, kejadian 2.30 petang itu menyebabkan Ayie Jery, 10, mengalami kecederaan di tapak tangan kirinya sebelum bomba dihubungi pada 3.02 petang bagi mendapatkan bantuan.


Empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub dikerahkan ke Hospital Raub bagi membantu memotong besi berkenaan menggunakan pemotong besi dan tugas selesai pada 3.34 petang.




Foto: BH Online



"Sebaik tiba di hospital, kami mendapati besi sepanjang 0.5 meter untuk menangkap ikan masih tertusuk pada tapak tangan kanak-kanak berkenaan.

"Bomba kemudian diminta memotong lebihan besi di tapak tangan mangsa bagi memudahkan pihak hospital merawatnya.

"Sejurus pihak bomba berjaya mengeluarkan batang besi panah ikan itu, pasukan perubatan kemudian memberikan rawatan lanjut kepada mangsa dan keadaan mangsa dilaporkan stabil," kata Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohd Sani Harul. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2018 10:12 AM | Show all posts
Ikan pun ada hak nak hidup.

Jangan bunuh.

Buah-buahan kan banyak boleh makan.

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 10:12 AM | Show all posts
haaa....main panah lagi
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 10:13 AM | Show all posts
mcmne blh kena tu dik...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Ngilu tapak tangan baca
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 10:23 AM | Show all posts
Alais replied at 12-3-2018 10:12 AM
Ikan pun ada hak nak hidup.

Jangan bunuh.

Perut x kenyang kalau sekadar makan makanan berasaskan tumbuhan je, dik....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2018 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 12-3-2018 10:23 AM
Perut x kenyang kalau sekadar makan makanan berasaskan tumbuhan je, dik....

Orang vegetarian tu macam mana pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Ngilunya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2018 12:59 PM | Show all posts
Mengerikan berpeluh jugak abam bomba nak bantu mengeluarkannya
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 01:21 PM | Show all posts
sarahmirza replied at 12-3-2018 10:47 AM
Orang vegetarian tu macam mana pulak?

Hihi. Yang saya maksudkan ni, mangsa ni. Orang Raub ni. Orang kita. Selain makan makanan berasaskan tumbuhan, pastinya makan ikan dan daging. Cuba suruh dia makan nasi dan tempe je. Pasti complaint x kenyang.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 12:35 AM | Show all posts
Buat keje bahaya, main barang berisiko, takde safety measures.
Kan dah merasa.

Ko tengok abang bomba tu kalau nak ikutkan datang nak potong tangan ko tuh tak payah pakai helmet pon.
Tapi derang pakai jugak.

Amik iktibar.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Mujurla ada bombs penyelamat
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa berita tu tak masukkan kisah bagaimana boleh besi tu tertusuk di tapak tangan, kan itu yang orang nak tau. Kisah bantuan bomba dan hospital orang dah tau buat apa nak diperincikan lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.511912 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list