CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2394|Reply: 5

Tak Sangka Hanya Guna 6 Bahan Di Dapur Dah Boleh Buat 'Play-Doh'. Jimat & M

[Copy link]
Post time 8-3-2018 12:54 PM | Show all posts |Read mode
Plastisin atau lebih dikenali sebagai 'playdough' sememangnya merupakan salah satu permainan yang amat digemari oleh kanak-kanak.


Bermain dengan playdough bukan sahaja mampu meningkatkan tahap kreativiti anak-anak, malah boleh membantu perkembangan minda mereka.








Permainan ini juga membantu  menajamkan fikiran melalui aktiviti seperti menekan, menguli, menggelek dan kemudian membentuk playdough menjadi bentuk yang diingini.


Walaupun playdough yang tidak berjenama tidaklah mahal berbanding dengan jenama Play-Doh, tetapi sekiranya ibu bapa mempunyai ramai anak, sikit sebanyak ianya akan mengganggu bajet bulanan untuk perbelanjaan rumah.



Foto: Carian Google




Mungkin ramai yang tidak tahu yang playdough ini boleh dibuat sendiri di rumah. Bukan sahaja menjimatkan kos malah ianya juga tidak membahayakan kesihatan sekiranya anak-anak tertelan playdough ini.


Melalui Facebook Mingguan Wanita, kami kongsikan resepi playdough homemade dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang terdapat di dapur!


Bahan-Bahan:


1 cawan tepung gandum
1/2 cawan garam halus
2 sudu besar cuka
1 sudu besar minyak masak
Air panas secukupnya
Sedikit pewarna makanan (ikut warna kesukaan)


Cara membuatnya:


1. Masukkan tepung, garam, cuka dan minyak ke dalam bekas dan gaul sebati.
2. Masukkan air panas sedikit demi sedikit sambil menguli sehingga menjadi doh yang licin.



Kredit: Sweet Bonda Stores





Kredit: Sweet Bonda Stores



3. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
4. Uli sehingga warna sebati pada doh.
5. Dah siap! Boleh terus main dan simpan di dalam peti sejuk untuk tahan lama.



Kredit: Sweet Bonda Stores




Playdough ini tahan sehingga 3 ke 4 bulan. Untuk lebih tahan, simpan playdough ini di dalam bekas plastik 'ziplock'.


Mudah dan jimat bukan? Jumlah kos yang diperlukan tidak sampai RM10 pun!


Selamat mencuba. Jangan lupa kongsikan hasilnya dengan kami ya! -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2018 03:10 PM | Show all posts
Bagus tipsnya yang pasti ianya lebih selamat sebab tak ada bahan yang boleh memudaratkan kanak2
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2018 03:58 PM | Show all posts
balik nanti nak cuba lah
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2018 04:05 PM | Show all posts
boleh try
at least takde la beli yg murah2 tak tau ingredients dia apa
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak buat sekali jd donut goreng lah
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow good info
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.051428 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list