|
“Nasi talam? Apa tu ibu?”
Mungkin soalan inilah yang ditanyakan generasi Y dan Z yang tidak mengenali lagi makan berhidang gaya orang dulu-dulu.
Hidangan yang 'rare'
Walhal nasi talam ini sangat popular di mana-mana kenduri perkahwinan, majlis tahlil dan apa jua majlis yang membabitkan acara makan-makan sebelum era penjajahan Jepun lagi.
Orang dulu kan bahasanya berhalus dan berseni – dengan nasi dan lauk-pauk diletakkan dalam pinggan lalu dihidang kepada 4 hingga 5 orang makan, terserlah kelembutan menghormati tetamu sekaligus mengelakkan pembaziran berbanding hidangan katering seperti sekarang.
Sambal pun 2 jenis
“Tapi, dah takda hidangan ni sekarang.”
“Eh! Adalah di Rumah Makan Nasi Talam Taiping.”
Jadi, anda yang tidak sempat merasai stail orang dulu-dulu makan bolehlah ke sini untuk menikmati makanan kampong yang rasanya sangat ‘rare’.
Menu kampung dalam talam - Kena ke Taiping lah mengkome!
Menu kampung dalam talam - Kena ke Taiping lah mengkome!
Banyak menu - ia ditukar setiap hari
Dengan setalam dihidang kepada 4 orang, antaranya ialah nasi putih, patin masak tempoyak, gulai daging dan kentang, telur masak kurma, kerabu pucuk kaduk, sambal tomato, sambal belacan, ulam selom dan sejug sirap terasa-rasa kesegaran masakan kampong di tekak. Malahan semua ini boleh didapati dengan harga RM20 sahaja!
Kalau anda rasa tak cukup menu talam, tiada masalah, ada sahaja menu tambahan seperti masak lemak cili api pucuk ubi, keli goreng sambal, ayam goreng sambal, ayam barbeku, keli bakar, talapia bakar, ikan sardin goring, kerisi masak asam, tempe dan jering sambal goring, kembung masak lemak cili api, cencaru sumbat sambal, sup kaki ayam dan macam-macam lagi lah.
Menu kampung dalam talam - Kena ke Taiping lah mengkome!
Dengan menu bertukar setiap hari, nampaknya pelanggan yang datang pun takkan jemu untuk datang setiap hari.
Jadi, bagi anda yang mahu merasa masakan kampong dalam talam, bolehlah ke:
Menu kampung dalam talam - Kena ke Taiping lah mengkome!
Rumah Makan Nasi Talam,
Desa Assam Permai,
Jalan Pokok Assam,
Taiping, perak
Waktu perniagaan 11 pagi - 4 petang (Jumaat Tutup)
FB : Rumah Nasi Talam Taiping - CARI
|
|