CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 823|Reply: 0

Gara-Gara Salji Tebal, Sesi Ujian F1 Di Barcelona Terjejas

[Copy link]
Post time 6-3-2018 01:03 PM | Show all posts |Read mode




Keadaan cuaca seluruh dunia yang tidak menentu ketika ini telah menjejaskan banyak acara sukan dunia.


Antaranya sesi ujian masa hari ketiga Formula One di GP Catalunya, Barcelona.


Barcelona, Sepanyol jarang-jarang dilanda salji biarpun pada musim sejuk.






Namun tidak kali ini apabila keadaan salji yang makin tebal telah menjejaskan sesi ujian hari ketiga pada 28 Februari.


Hanya 5 pemandu berjaya menguji trek licin dengan pemandu McLaren, Fernando Alonso berjaya merakam masa pada sesi berkenaan.


Catatan masa 'terpantas' 2 minit dan 18.545 saat dilakukan Alonso semalam sebenarnya lambat lebih seminit berbanding catatan pelumba Ferrari, Sebastian Vettel yang dilakukan kelmarin.


Foto: Carian internet


Pada sesi ujian itu, Ferrari dan Mercedes tidak menguji jentera masing-masing bagi mengelak sebarang risiko.


Selain  Alonso, yang menamatkan 11 pusingan, pelumba lain yang sempat tampil ialah Daniel Ricciardo (Red Bul), Brendon Hartley (Toro Rosso), Marcus Ericsson (Sauber) dan Robert Kubica (Williams).


Sesi ujian itu juga tertangguh selama tiga jam susulan salji yang lebat disusuli hujan memenuhi kawasan trek berkenaan. - CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.044050 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list