CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1571|Reply: 0

Rezeki MR Memang Enak Menyelerakan, Menyesal Tak Cuba!

[Copy link]
Post time 6-3-2018 10:21 AM | Show all posts |Read mode
Siapa yang pernah singgah makan malam di Warung Rezeki MR yang terletak di Jalan Kuala Terengganu - Kuala Berang tentu tak dapat melupakan ikan tiga rasa atau Tom Yamnya yang sedap itu. Malah, minuman shake disediakan pasti buat anda teruja! Jom tengok apa lagi yang ada.




Lokasi tepi jalan memudahkan pengunjung



Senang nak buat pilihan nak makan apa sebab terpampang di dinding pakej ditawarkan untuk dua, tiga, empat orang atau lebih. Boleh buat kombinasi atau tambah masakan lain yang tiada dalam pakej itu. Eh, memang berbaloi apatah lagi dengan minuman sekali. Kalau tak nak minuman sejuk, boleh tukar panas. Tak ada masalah sis.



Kemas dan teratur, buat mata sedap memandang



Suasana warung juga kemas dan bersih. Pengunjung boleh menonton TV sambil menunggu pesanan tiba. Kalau tak nak makan nasi, boleh cuba aneka masakan mi, bihun atau kuey teow. Pendek kata, semua yang lazimnya disajikan di mana-mana warung atau restoran pada waktu makan malam, ada di sini.





Antara juadah yang terbukti sedap sehingga nasi bertambah



Tempat menyediakan sajian western di sisi warung



Selain ikan bakar dan masakan panas, ada burger ayam, burger daging, roti sosej, tortilla ayam atau daging, roti hamlet (gandingan telur dan kaya) dan kentang goreng. Bagi yang inginkan makanan ringan, boleh pesan roti bakar dengan aneka minuman panas atau sejuk seperti shake dan lain-lain. Di sini juga boleh menjamu selera dengan chicken chop pada harga RM5 saja. Memang tak rugilah singgah di sini sebab semua masakan menyelerakan!


Warung ini dibuka dari jam 7.30 malam hingga 2 pagi. Senang betul datang sini sebab lokasi di tepi jalan. Tempat parkir pun banyak di hadapan dan di tepi kedai.




Kalau ke Kuala Terengganu, jangan lupa singgah menjamu selera di sini. Insya Allah puas hati, balik perut pun senang hati kenyang! - CARI





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 3.813138 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list