View: 2879|Reply: 2
|
Resipi Ini Tak Buat Anda Gemuk, Tapi Boleh Buat Perut Kempis Lagi
[Copy link]
|
|
Adakah anda berasa kembung dan mengalami kekejangan perut? Kemungkinan besar anda mengalami sembelit. Sembelit sememangnya mengkibatkan ketidakselesaan kepada perut hingga membuatkan perut kembung.
Kali ini kami nak berkongsi resipi menghilangkan sembelit sekaligus mengempiskan perut anda!
Rawatan semulajadi
Dalam rawatan ini, ramuan utama adalah benih chia dan lemon. Bahan-bahan ini sangat biasa namun bermanfaat untuk kesihatan keseluruhan anda. Lemon mempunyai sifat antivirus dan antioksidan yang kuat,dan ia dapat membantu mengempiskan perut anda dan penyakit yang lain.
Foto: Facebook
Di samping itu, ia mengandungi serat yang boleh membantu menghilangkan toksin dalam badan anda.Benih chia juga merupakan sumber serat yang hebat.
Ia datang dengan ciri-ciri antioksidan yang kuat yang boleh membantu meningkatkan kesihatan anda.
Bahan-Bahan yang diperlukan:
•Biji chia – 1 sudu besar
•Jus lemon – 1 sudu besar
•Madu – 1 sudu besar
•Air – 1 cawan
Foto:Facebook
Cara Menyediakan:
1. Tambah biji chia dalam segelas air dan biarkan selama 60 minit. Selepas itu keluarkan biji chia dari air.
2. Dalam mangkuk kecil tambahkan biji chia, madu, dan jus lemon. Campurkan dengan baik, dan tambah campuran dalam pengisar selama beberapa saat.
Itulah yang anda perlukan untuk mengempiskan perut anda! Anda perlu minum setiap pagi ketika perut kosong.
Jadikan ia rutin sebelum bersarapan. Hasilnya pasti memuaskan! -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
60 minit tu ape salahnya tulis satu jam.... |
|
|
|
|
|
|
|
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|