CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 911|Reply: 0

Perlawanan Selangor Lawan Pahang, Pengadil Digantung 2 Minggu

[Copy link]
Post time 2-3-2018 11:31 AM | Show all posts |Read mode




Kontroversi sepakan penalti yang diberi kepada Pahang ketika menentang Selangor pada aksi Liga Super, 24 Februari lalu menyaksikan dua pengadil perlawanan itu digantung 2 minggu.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Subkhiddin Mohd Salleh selepas badan penilai dan jawatankuasa mendapati dua pengadil perlawanan itu gagal memberi keputusan yang sudah dijangka.


Tambah Subkhiddin, penilaian dibuat secara keseluruhan melihat prestasi pengadil itu sepanjang perlawanan terbabit.







Dan mendapati pengadil kurang cergas serta kemampuan membaca perlawanan agak rendah.


Pada perlawanan tersebut, kontroversi tercetus apabila bola terkena tangan pemain import Selangor, Willian Pacheco namun ia berlaku di luar kotak penalti.


Bagaimanapun pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada Pahang yang berjaya disempurnakan Forkey Doe pada minit ke 70.


Pada perlawanan itu, Pahang menang 3-1. - CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.040145 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list