CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2152|Reply: 9

Keluarga Dilanggar, Dibakar Ketika Sembahyang Tahun Baharu Cina

[Copy link]
Post time 2-3-2018 11:04 AM | Show all posts |Read mode
Malam tahun baru cina bertukar tragedi selepas sebuah keluarga dilanggar dan dibakar di hadapan rumah mereka di Taman Perdana, Bukit Siput, Segamat.




Foto: Utusan Online




Utusan Online melaporkan, kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah malam ketika sepasang suami isteri dan dua anak melakukan upacara sembahyang di hadapan rumah mereka.


Dalam kejadian, seorang lelaki menaiki sebuah kereta tiba-tiba datang dan merempuh si suami berusia 52 tahun itu hingga melambung sebelum pengsan. Akibat rempuhan itu, mangsa mengalami patah tangan, bahu dan tiga tulang rusuk.


Selepas merempuh mangsa, suspek menyimbah petrol ke arah isteri dan dua anaknya ketika mereka cuba menyelamatkan mangsa.




Foto: Internet




Anak lelaki pasangan berkenaan melecur seluruh badan manakala isteri dan anak perempuannya berjaya dibantu jiran dan sempat menyelamatkan diri.


Anak lelaki mangsa kini kritikal dan masih tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru.

“Anak saya sekarang ada susah. Langsung tak boleh bangun. Lagi dia sekarang tak tahu terbakar sampai tahap mana kita pun tahu,” katanya.


Sementara itu, suaminya dimasukkan ke wad di Hospital Segamat untuk rawatan dan dipercayai, perbuatan khianat itu dilakukan abang kandungnya sendiri kerana dendam dan iri hati. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2018 11:11 AM | Show all posts
hardcorenya adik beradik ni..
sampai bakar bakar..
hantar santau je la lagi senang
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 11:50 AM | Show all posts
Edited by CiliPadiSedap at 2-3-2018 11:55 AM
prettyuglybabe replied at 2-3-2018 11:11 AM
hardcorenya adik beradik ni..
sampai bakar bakar..
hantar santau je la lagi senang

nak tahu kenapa cina tak main sihir selalu berbanding bunuh? sebab sebahagian mereka masing2 ada tangkal dan belaan. setakat santau mereka akan sembuh dan balas balik antara mereka.


sbb tu orang islam tak di ajar berdendam. orang santau kita sabar rawat. bila dah melampaui batas ada cara sunat taubat, hajat, dan amalan.
yaumal qiyamah hari pembalasan yang nyata. hari tu segala kejahatan akan di balas segala kebaikan di beri ganjaran.



Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Janganlah libatkan anak2. ....kejamnya. ...manusia gila memang kalau dendam akan serang satu family termasuk anak2 yang tak bersalah.....tak kira bangsa apa. ...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 12:06 PM | Show all posts
Apalah yang didendamkan sangat sampai jadi macam tu pasal harta ke pasal business ke hanya kerana salah faham.  Zaman sekarang ni adik beradik kalau bermusuhan dan berdendam lagi teruk dan kejam perangainya dari orang luar
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti abang dia tu dah lama dendam tu. Tapi kesian la kat budak2 kecik tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2018 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah macam tengok cerita cina kat tv petang-petang. Sebab dendam family sanggup berbunuh-bunuhan
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Raya melayu ada minta maaf2 salam2 sesama keluarga kawan2 makan2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2018 12:49 PM | Show all posts
korang bergasak la dendam adik beradik yg libatkan anak2 turut jadi mangsa apehal?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Chinook hati suci murni pung berdendam bagai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.073348 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list