CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2064|Reply: 3

Jatuh Juga Air Mata Ini - Video Tujuh Beradik Makan Bersuap Buat Netizen Hiba

[Copy link]
Post time 1-3-2018 03:09 PM | Show all posts |Read mode




Hubungan kekeluargaan antara adik beradik sering dikaitkan dengan pepatah "ibarat air dicincang tak akan putus" dan sememangnya ia memberi maksud yang sangat mendalam kerana hubungan itu akan dibawa sampai bila-bila.


Baru-baru ini, seorang wanita, Suzilawati Binti Abd Rahman berkongsi sebuah video di Facebooknya yang menunjukkan keluarga sebelah suaminya yang makan bersuap antara adik beradik.







Menurut Suzilawati, abang sulung suaminya telah meminta untuk menyuap nasi untuk adik-adiknya sebagai mengimbau kenangan mereka yang membesar dalam keadaan susah dan berkongsi rezeki sesama mereka.


Apa yang membuat orang ramai berasa hiba dan terharu adalah sepanjang video si abang menyuap adik-adiknya, air mata adik beradiknya turut mengalir sambil memeluk abang sulung mereka itu.


Daripada video itu juga menunjukkan hubungan adik beradik antara mereka adalah erat dan mereka amat mengasihi antara satu sama lain.


Sehingga kini, video tersebut telah dikongsikan lebih 18,000 pengguna FB dan ramai netizen melahirkan rasa hiba dan terharu dengan hubungan adik-beradik keluarga tersebut.




Foto: FB




Bak kata orang tua-tua, 'carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga'. Begitu jugalah hubungan adik beradik, ada masa bergaduh ada masa berbaik dan pastinya keluarga adalah orang terpenting dalam hidup kita. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2018 04:09 PM | Show all posts
Zaman susah struggle cari makan kecik2 dlu akan terimbau kembali.
Dulu susah tp bahagia tu ada.

Aku pun dah nk jadi mak org ni pun still rindu dekat tapak rumah lama yg dah dirobohkan.
Masa tu pakai baju pun berlubang2 sbb xmampu. Trkenang plak rakan sepermainan dan jiran2 yg dah kembali pada Pencipta.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 07:41 PM | Show all posts



dah besar2 ni pun
kalau balik kampung sibuk mengendang dekat mak
bila tengok mak tengah makan
mulalah main tolak2 dengan adik beradik nk suruh mak suap

in the end mak makan secoet jek
anak2 plak kenyang lelebih

dengan adik beradik pun sibuk nk suh suap
berebut dengan anak saudara
mulut mak, adik beradik yang menyuap kecoh membebel
padahal suka jek orang manja2
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Belum tgk dah nangis {:cryrun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.238535 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list