CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5079|Reply: 29

[Dunia] Lelaki bersolek sebab takut hantu janda, patung lelaki dengan zakar besar digant

[Copy link]
Post time 1-3-2018 10:00 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 1-3-2018 02:01 AM

Lelaki bersolek takut hantu janda

https://www.hmetro.com.my/global/2018/02/317115/lelaki-bersolek-takut-hantu-janda

Agensi


PENDUDUK bersama patung lelaki dengan kemaluan besar bagi mengelirukan hantu janda jahat.  FOTO Daily Mail

Bangkok: Hantu janda jahat yang dilaporkan mengganas di kampung terpencil di Thailand menyebabkan penduduk lelaki yang ketakutan memakai pakaian wanita dan bersolek sebelum tidur bagi mengelak menjadi mangsa hantu berkenaan.

Penduduk kampung Nakhon Phanom di timur laut Thailand turut menggantung patung lelaki dengan kemaluan besar di luar rumah yang dipercayai mampu menakutkan hantu berkenaan.

Kampung mempunyai 90 penduduk itu mula diselubungi panik dan ketakutan sejak beberapa minggu lalu selepas lima lelaki muda serta sihat, tiba-tiba meninggal dunia ketika tidur.

Penduduk percaya kampung mereka diganggu hantu janda yang menggoda kaum lelaki ketika tidur sebelum membawa roh mereka bersamanya.

Selepas beberapa kematian, penduduk mula menggantung patung berzakar besar berserta tulisan ‘tiada lelaki di sini’.

Penduduk percaya zakar besar adalah simbol kelelakian dan kekuatan yang menyebabkan hantu itu tertarik dengan patung berkenaan, bukannya manusia.

Kaum wanita yang bimbang memaksa suami mereka memakai pakaian perempuan dan bersolek sebelum tidur bagi menipu hantu berkenaan.

Penduduk mendakwa, ia dianggap berjaya kerana tiada seorangpun lelaki meninggal dunia sejak seminggu lalu.

Penduduk Nong Ayu, 68, berkata, semua orang takut dengan hantu janda itu dan ada khabar angin lelaki di kampung berhampiran turut menerima nasib sama.

“Tiada siapa tahu puncanya dan orang tua di kampung ini bimbang hantu itu akan membunuh remaja lelaki pula. Akhirnya tiada lagi lelaki di kampung ini,” katanya.

Lima lelaki yang masih sihat itu ditemui mati tidak lama selepas mandi dan tidur, sejak awal bulan ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2018 10:06 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow...confirm tahun ni gak mesti ada filem seram thai yg buat cite ni. Harap die wat versi komedi x nak serius punya n hantu janda tu mestilah hot. Nasib kat msia x masuk lagi hantu ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 10:27 AM | Show all posts
hahahaha cm kelakar je
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 10:35 AM | Show all posts
hahahha..bini2 xgelak ke tgk laki memasing pakai bj pmpuan
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 10:59 AM | Show all posts
Mesti kalah pilem Pee Mak kalau difilemkan nanti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2018 11:18 AM | Show all posts
kalau hantu andartu, apa jadi pulak kat laki-laki sana?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
mohtippp sangat pasang dildo gedabak., nak suruh hantujanda talla patung atau melolo?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2018 11:31 AM | Show all posts
pulak dahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 11:40 AM | Show all posts
Hahahaha macam kelakar pula. Terus hantar article kat kawan yang duk BKK.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg polis pun tak check ke 5 org tu mati sbb apa.tah2 sblm tu gi pesta arak ke. Amek dadah ke
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang meninggal 5 orang tu tak dihantar hospital buat post mortem kah siasat punca sebenar kematian? Mesti ada penjelasan saintifiknya. Tapi kat sana ilmu sihir hitam (black magic) boleh tahan dasyatnya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
bimbo nya kau dek
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 03:59 PM | Show all posts
confuse akak....bukankah kalau letak patung lelaki berkonek besar hantu janda akan lebih tertarik dan merembes?


pohon pandangan pakar konek  @Changa
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 04:26 PM | Show all posts
jangan memain.....aku teringat kisah beberapa tahun lepas bila pekerja2 asing entah Vietnam ke Myanmar atau mungkin Thailand mati sorang lepas sorang kat Singapore. Lepas tu depa tidur pakai makeup...terus serangan berhenti...aku cuba cari balik, tak jumpa lagi ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 04:29 PM | Show all posts
kat mana dah aku ade terbaca artikel ritu, orang siam nie suka makan nasik seakan2 pulut, sebab consume benda tue diaorg ramai yang mati masa tidur, so timbul la kes superstitious kata hantu yang cabut roh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2018 05:03 PM | Show all posts
pffftthhh...besar kemaluan depa semua.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Izreen azminda versi hantu
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Habis jadi sajat laki2 korang.

Jangan mengunyit sudah la ye.

Bagus nye, yg isteri makeup jadi jantan mesti terkejut hantu tu tengok laki berpepek. Terus hantu tu tukar kerja jadi hantu tetek pujaan @cilipadipedas
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 1-3-2018 03:59 PM
confuse akak....bukankah kalau letak patung lelaki berkonek besar hantu janda akan lebih tertarik da ...

So that hantu tu x kan masuk rumah la instead merembes sibuk mengulit anu patung tu.. Tau2 dah azan subuh gitu. X sempat hantu nak masuk rumah..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.323001 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list