View: 2406|Reply: 7
|
Kisah Banduan Lari Dari Penjara, Anda Mungkin Tak Percaya Apa Yang Mereka Lakuka
[Copy link]
|
|
Tempat tinggal penjenayah mestilah dalam penjara kan? Dengan pelbagai kesalahan jenayah yang mereka lakukan, penjara bukan tempat untuk bersuka ria sebaliknya ia berfungsi sebagai tempat pemulihan kepada penghuninya. Namun ada sesetengah penghuninya tidak dapat menerima hakikat dan berusaha untuk keluar. Di bawah adalah beberapa kes-kes kontroversi banduan lari penjara yang paling popular.
1. Amarah Tanjung Gusta
Sumber: nasional.republika.co.id
Siapa tak marah kalau dinafikan hak keperluan asas seperti elektrik dan air. Pada tahun 2013, seramai 200 orang dari penjara di Medan, Indonesia telah melarikan diri selepas mereka tidak mendapat bekalan air dan elektrik yang mencukupi. Banduan tadi membakar pejabat dan seramai 15 orang pegawai penjara masih ditahan sewaktu insiden. Ada di antara banduan yang terperangkap dalam kebakaran dan meninggal dunia di tempat kejadian. Walaupun selepas penjara tersebut dibakar dan ada yang terlepas, seramai 500 banduan lain masih di dalam penjara dan meneruskan rusuhan.
2. Ekstradisi nakal Brazil
Sumber: mirror.co.uk
Cerita ini berlaku di Brazil pada tahun 2015 apabila 2 orang wanita berpakian polis seksi muncul di penjara Mato Grosso di Brazil. Terpedaya dengan penampilan mereka, pegawai yang bertugas bertindak membenarkan mereka kedalam penjara selepas diyakinkan yang mereka akan melakukan seks beramai-ramai di berek mereka. Pegawai tersebut diberikan dadah, dibogelkan dan digari dan dalam masa yang sama, wanita lagi satu membuka kunci kesemua banduan dalam penjara itu. 26 banduan berjaya lari dan membawa bersama 3 senapang, 2 pistol dan peluru dari stor simpanan.
3. Rusuhan Libya
Sumber: thewire.in
Berikutan bantahan penduduk di Benghazi pada tahun 2013, seramai 1,200 banduan dari penjaran Al-Kwyfah di bebaskan. Dilaporkan juga para penduduk berdekatan dengan penjara menyerbu masuk penjara tersebut kerana mereka tak mahu banduan terlepas. Tidak dapat dipastikan juga sama ada rusuhan bantahan terjadi dirancang dengan sengaja untuk membantu bantuan melarikan diri, atau sebaliknya.
4. Mandian Kebebasan Haiti
Sumber: voanews.com
Para banduan dilaporkan menyerang para pegawai penjara di Haiti. Seramai 174 banduan merusuh dan meloloskan diri sambil mengambil senjata api dan peluru pada tahun 2016. Seorang banduan dan pegawai penjara ditempak mati semasa sesi pertempuran mereka. Pengecaman banduan agak susah dilakukan selepas mereka terlepas penjara kerana para banduan memakai pakaian biasa berbanding unifom penjaran. Ada banduan yang meninggalkan sandal mereka ketika meloloskan diri dan tidak juga mengambil peluang untuk mandi selepas merusuh sebelum lolos. Mahu wangi sikit sebelum bebas katanya.
5. Kekangan penjara Sarposa
Sumber: njherald.com
Banyak sudah kita terima berita berkaitan penjara yang daif dan kekurangan kemudahan lain. Begitu juga kisah penjara Sarposa di Kandahar, Afganistan. Penjara ini menerima 2 kes besar banduan terlepas berikutan serangan pada tahun 2008 dan galian terowong bawah tanah pada tahun 2011. Insiden pertama melibatkan serangan Taliban menyebabkan hampir kesemua banduan dapat melepaskan diri. Kes terowong bawah tanah melibatkan ramai banduan dan ada juga mengatakan ada pegawai penjara terlibat kerana terowong 350m tidak akan terhasil dengan sempurna jika tiada bantuan pihak 'dalaman'. Terowong itu melibatkan penggunaan elektrik, pengudaraan dan struktur binaannya seolah-olah mendapat nasihat seorang jurutera. Bukan orang bodoh masuk penjara! -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
wow...yg last tu mcm prison break sgt! |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya yg mati terbakar tu |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat movie lama the Shawshank Redemption. Sedih ya 1st time tengok hati brdebar debar ingatkn banduan tu gantung diri tup tup {:run
|
|
|
|
|
|
|
|
cilakak betul yg brazil tu
tak agak2 warden tgk betina seksi |
|
|
|
|
|
|
|
Yang pasti bila berlaku pasti ada rusuhan |
|
|
|
|
|
|
| |
|