CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4058|Reply: 13

Kesian, Bayi Umur 20 Hari Hampir Lunyai Kena Tampar Sebab...

[Copy link]
Post time 27-2-2018 11:21 AM | Show all posts |Read mode




Antara perkara yang paling menggembirakan bagi pasangan suami isteri ialah saat dikurniakan cahaya mata. Malah, ia turut dirasai oleh seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan. Sebaik seorang wanita melahirkan anak, dia disarankan untuk berpantang bagi memulihkan keadaan badan dan mengembalikan kesihatan luaran dan dalaman.

Selain itu, wanita yang dalam pantang perlu dijaga emosinya kerana hormon dalam badan mereka masih belum stabil. Para ibu memerlukan sokongan dari segi mental dan fizikal daripada insan yang paling rapat iaitu suami atau ibunya. Sekiranya wanita selepas bersalin mengalami tekanan, ia boleh menyebabkan berlakunya meroyan.


Keadaan meroyan akan menjadi semakin teruk apabila si suami tidak memahami keadaan tekanan emosi isteri. Dari segi luaran, suami melihat isterinya sihat sedangkan dalaman masih lagi lemah.

Kisah seorang ibu yang meroyan sehingga menampar berkali-kali anaknya yang berusia 20 hari ini dikongsi oleh Nurasykin Ali di laman facebook miliknya. Terbit rasa kasihan kepada si ibu dan juga bayi.



Namun apakan daya,si ibu tanpa sedar telah menyakiti anak yang dikandungnya selama 9 bulan akibat meroyan ketika dalam pantang.










Rata-rata netizen sama ada yang pernah melahirkan anak atau yang bakal berpantang memerlukan kehadiran suami di sisi untuk menjaga keperluan mereka dan anak serta membantu mengawal emosi. Sebenarnya ramai netizen yang mengalami nasib yang sama dan meroyan ketika dalam pantang.








Sokongan suami kepada isteri sangat penting ketika isteri dalam pantang kerana emosi ibu berpantang masih tidak stabil ditambah lagi dengan kesihatan badan yang masih belum pulih seperti luka bersalin.





Memang betul, ada wanita yang rela berpantang seorang diri atau hanya ditemani suami kerana segan untuk mengarah atau meminta tolong dengan mertua. Tetapi, sebagai mertua dan mempunyai pengalaman melahirkan anak, rasanya perlu memahami apa keperluan menantunya semasa dalam pantang.





Penyakit meroyan jangan diambil ringan kerana banyak juga kes bayi mati dibunuh ibu sendiri kerana si ibu tidak sedar apa yang dia telah lakukan. Jadi, para suami janganlah lepas tangan menjaga isteri dan anak ketika isteri dalam pantang ya! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2018 12:11 PM | Show all posts
petua wajib di patuhi :

>baby sebelum 3 bulan jangan bawa keluar maghrib dan malam duduk rumah.
> kalau baby nangis keluar air mata ok
> kalau baby nangis xkeluar air mata dan tetiba sengih ketawa senyum ada mahluk lain jadi peneman dia
>baby 3 bulan ni sampai boleh keluar suara pelat, baby normal 3 bulan xboleh bercakap.
> malam2 baby nangis lepas tu mata tengok atas dia tengah bermain dengan bunian
> kes kaka jumpa mahluk tu anak bongsu daripada 5 beradik ( bunian). dia xde adik dan suka anak orang keluar maghrib. dia teman budak tu agah2 .
> bunian tu sampai sedut darah , kalau kaki baby anak kecil kebiruan atau lekuk di kepala tanpa sebab bawa jumpa perawat islam.


untuk petua pantang ibu , belum ada ilmu lagi. sorry
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 12:15 PM | Show all posts
suami nak senang suruh mertua dan ipar jaga.....

ingat senang isteri nk buka mulut minta mertua/ipar tolong? silap hb dituduh mengada2.

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 12:21 PM | Show all posts
apasal dia tak suruh kawan dia tu pi lempang abangnya sendiri..
buat anak pandai.. jaga bini beranak suruh mak..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 12:33 PM | Show all posts
dapat mak mentua yg jenis busy body, korang tak selesa
dapat mek mentua yg jenis senyap, korang kata tak support
senang kata nak ada baby financial kena kuat,
siapkan budget 2 - 3k utk tmpoh pantang, upah org jaga anak bini kat umah sendiri smpi 44 hari
makanan yg elok2 utk isteri bertenaga,
bukan susahkan mak atau mak mentua

anak nk cukup team bola, bini ko sepak2 mcm bola time pantang
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Suami bodoh piang Sgt. Buat anak je tahu. Apesal entah ramai lelaki yg mcm ni. Dia ingat beranak tu mcm dia berak je ke.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2018 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Bayi yang kuat menangis bila besar mereka sangat pandai dari segi pembelajaran, independent dan hormat orang sekeliling.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 01:49 PM | Show all posts
sedihnya...aku yang melahirkn cr vacum ni pun dpt rasa sakitnya tu mcm mn..mau bjln tu punya sakit sbb jahitan tu..apa lg masak dan mandikan anak sdri mmg tak la..sakitnya tu d sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2018 10:52 AM | Show all posts
sebelum kawin kena fikir abis2
segala persediaan utk berumahtangga termasuk persediaan mental utk dpt ank
kdg2 dn ramai rasanya org cuma fikir setakat seronoknya dpt kawin dgn idaman hati
part nnti kena mengandung, nak beranak, dlm pantang rasanya jarang org fikir sampai ke situ
tu yg bila berdepan dgn masalah xde org nak bantu..mula la stress dn fikir mcam2
istri nape x ckp jerk terus terang jerk dgn suami apa masalah..
ada sesetengah suami ni bila istri diam2 dia ingat semua ok
iya la mana dia tahu apa yg dlm otak dn fikiran istri tu..
bg aku ckp jerk apa yg x selesa, apa yg x kena..da dia suami, dia kena la dengar
x kan nk bincang dgn org lain pulak..baik kawin jerk dgn org lain...
nape nak diam2..pastu meroyan
biar sama2 susah, sama tanggung..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2018 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
alhamdulillah nasib aku masih ada mak yg jaga aku masa pantang..syukur sangat2..tp bkn sekarang ada khidmat jaga org pantang ke?range price dlm ><rm2k...boleh ushar2 mana2 yg bakal bersalin.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2018 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Mslh dia boleh selesai klau suami bg izin on fm. Apa hina sgt ke bg ank fm??? Sb situasi mak tu lebih kurang aku je. Lg plak czer n dia vacuum. Sakit oo kne vacuum wpon aku xpenah kene. Lps tu duk mgn mertua. Kdg2 mertua bkn tlg pon. Tlg tgk2 je. Kesian mak nya. Kasi la ank tu fm. Bkn dosa pon. Mmg ada org jnis susu xbyk. Lps tu geng2 mak bf xhbis2 dgn ayat “susu ckup. Baby nk ngempeng je tu” hotak dia. Bunyi menangis baby nk mengempeng dgn lapar, lain. Klau smpai melalak2 tu dia lapar
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2018 08:32 AM | Show all posts
aku dulu masa anak sulung bagi je FM which is orang pro bf mmg akan ata ko mcm2. Janji anak aku kenyang dari dia melalak dalam pantang. Tapi compare anak aku yang 2 orang yang bf tu yang fm ni la yang easy baby. Dalam pantang jangan stress dengan regim berpantang, aku bab pakai bengkung dan tungku takde masalah, tapi jangan sekat aku nak minum air.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2018 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya..memang stress pun kalau baby asyik nangis je..i dah takde mak,time pantang i upah org jaga mandikan urut bengkung masak kemas semualah.walaupun begitu, masih jugak stress dgn sakit bawahnya,pedih nple sbb baby asyik nk kepitje..belum bengkak susu lagi..huii
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2018 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg. akak masa dlm pantang pun rsa nk pekup anak dgn bantal sbb melalak entah nak apa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.050623 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list