CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4296|Reply: 5

Tak Sangka Mudah Je Nak Buat Lip Gloss Sendiri Di Rumah. Hanya 3 Bahan Je!

[Copy link]
Post time 26-2-2018 10:21 AM | Show all posts |Read mode
Kita seringkali mendengar nama lip gloss terutama sekali wanita. Dan mungkin masih ada yang tak tahu apa itu lip gloss?








Lip gloss adalah alat kosmetik yang mampu menciptakan efek berkilau pada bibir. Selain membuat bibir anda berkilau, lip gloss juga mampu melembapkan bibir kita.


Bahan-bahan yang terdapat di dalam lip gloss dikatakan mampu menghindarkan bibir anda daripada menjadi kering dan menggelupas.


Seperti yang kita tahu, harga lip gloss di pasaran tidaklah murah, apatah lagi yang berjenama terkenal.


Kita juga tidak digalakkan untuk menggunakan lip gloss yang murah kerana terdapat bahan yang dapat memberi kesan buruk kepada bibir kita seperti mengalami alergik.


Pernah tak terfikir nak buat lip gloss sendiri di rumah? Jom kita lihat bahan-bahan dan cara membuatnya:


Bahan-bahan:
Vaseline Petroleum Jelly
Minyak zaitun
Eyeshadow







Cara-cara untuk membuatnya:






#1. Letak 1 sudu Vaseline ke dalam bekas kaca.

#2. Tuang 1 sudu minyak zaitun bersama Vaseline.


#3. Gaul sehingga rata.


#4. Masukkan ½ sudu eyeshadow (warna pilihan anda)


#5. Gaul kesemua bahan sehingga rata.


#6. Akhirnya, masukkan campuran bahan-bahan itu ke dalam bekas kecil atau bekas lama lip gloss anda.


Dah siap! Cuba ratakan lip gloss di bibir anda dan lihat hasilnya.


Vaseline dan minyak zaitun mempunyai manfaat yang mampu melembapkan bibir anda.


Bibir anda akan menjadi semakin merah secara semulajadi setelah kerap menggunakannya. Jika bibir anda mengalami efek iritasi atau alergik setelah menggunakannya, anda boleh menggantikan eyeshadow dengan bahan yang lain.


Jangan lupa kongsikan hasilnya dengan kami, ye!-CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2018 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Warna eyeshadow tu selamat ke klu termakan?
Bila duk kat bibir ni kan terjilat la apa la
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2018 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by multinicky at 26-2-2018 10:55 AM

meols teringin nk cube marini pny produk termasuklah lipbalm ni..elok ke? katenye natural ingredient..siap ade sabun muntah belut lg..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2018 04:20 PM | Show all posts
bibir aku sangat2 sensitive ye
petroleum jelly vaseline tu aku takleh pakai
membengkak smp ke hidung kang
pastu bibir jd pecah dan terkopek
taubat la..makan tahun jugak nak baiknya

dah lama stop pakai lip gloss tak kisah la dari jenama apa pun
baru ni dapat free gift lip gloss aloe vera
dah sbb free, tak smp hati plak kalau tak guna
aku calit sekali je aku rs lain macam
calit kali kedua terus jahanam bibirku
terkopek2 dah ni

nivea creme bekas tin bulat biru tu je aku berani guna
itulah lip gloss
itulah moisturizer
itulah minyak rambut
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2018 05:08 PM | Show all posts
mak tengok webmd petroleum jelly macam vaseline ni tak baik untuk kulit nipis nyah..cane tu nyah? jangan bagi tip bebukan boleh tak nyah?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau nak betul2 natural, guna beeswax, beet root powder.. tambah vitamin e dari capsule..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.045709 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list