View: 4495|Reply: 14
|
Mengidam Nak Makan Fish & Chips? Ayuh, Ke Restoran Terbaik Di KL Dan Shah Al
[Copy link]
|
|
Bagi penggemar Fish&Chips sudah pasti Manhattan Fish Market merupakan antara restoran yang akan terlintas di fikiran mereka apabila namanya disebut.
Apa kata kali ini anda cuba cari kelainan dengan mencuba restoran atau kafe yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam yang menawarkan Fish&Chips buat memenuhi selera tekak anda.
Di sini kami sertakan lima kafe dan restoran terbaik yang menawarkan Fish&Chips sekitar Shah Alam dan Kuala Lumpur seperti yang dikongsikan oleh laman sesawang Kaki Sini.
1) Fish & Co
Foto - Kaki Sini
Istimewanya di Fish & Co ini adalah ia menawarkan lebih banyak Fish&Chips buat anda jika berkunjung ke restoran ini. Antara Fish&Chips yang menarik di sini ialah sos keju, teriyaki dan sos peri-peri pedas.
Tetapi dari segi harganya ia sedikit mahal kerana restoran ini kebiasaan terletak di pasar raya besar seperti One Utama Shopping Centre, Paradigm Mall, The Mines, Sunway Velocity. Tetapi kalau makanan dia sedap soal harga bukanlah masalah betul tak?
2) Laman Grill Steak & Bar-B-Que
Foto - Kaki Sini
Restoran ini adalah milik salah seorang chef Malaysia yang terkenal. Kalau anda peminat rancangan Master Chef Malaysia pasti kenal dengan pemilik restoran ini iaitu Chef Zubir.
Sebagai seorang penggemar Fish&Chips takkan anda tak nak cuba resepi Fish&Chips yang disediakan oleh chef terkenal Malaysia ini bukan.
Jadi apa lagi anda bolehlah mencuba keenakan Fish&Chips di restoran ini yang mana terdapat dua cawangan iaitu di Persiaran Sukan, Seksyen 13, Shah Alam dan Taman Impian Putra, Kajang.
3) Toowoomba Deli & Meats
Foto - Kaki Sini
Apa yang menarik mengenai kafe ini adalah ia sering menjadi pilihan pengambaran drama Melayu. Jadi jangan terkejut kalau terkeluar dalam televisyen muka anda sedang makan Fish&Chips.
Dekorasi kafenya juga ringkas tetapi dari segi review makanannya sedikit berbeza mengikut pelanggan kerana ada yang menyukainya dan ada yang kurang menyukainya,
Apa pun ia ikut selera dan tekak masing-masing dan tak salah untuk mencuba kerana dari situ kita boleh tahu sama ada makanannya sedap atau tidak. Jika anda ingin cuba kafe ini terletak di Jalan Genting Klang, Setapak.
4) Pekan Station
Foto - Kaki Sini
Restoran ini merupakan antara restoran yang cukup terkenal dengan sajian makanan baratnya termasuklah Fish&Chips yang sentiasa mendapat pujian ramai.
Terletak di Jalan Raja Uda, Kampong Baharu atau Kampung Baru, Pekan Station ini sering menjadi tumpuan pelbagai lapisan masyarakat.
Mana tidaknya kebanyakkan yang pernah berkunjung ke sini memberi maklum balas yang positif serta selain memuji masakan yang sedap dan sesuai dengan selera keluarga termasuklah kanak-kanak.
5) Cor Blimey
Foto - Kaki Sini
Jika anda nak merasa Fish&Chips dari Britain inilah restorannya kerana ia menyajikan resepi asli dari negara ini. Selain sos tartarnya yang cukup popular terdapat beberapa lagu pilihan sos yang berbeza dengan sos cili biasa kita makan.
Jadi apa tunggu lagi kalau anda berminat bolehlah ke restoran mereka di Jalan SS 15/4 Subang Jaya atau Damansara Uptown di Jalan SS 21/1A, Damansara Utama.
Hujung minggu pun dah nak dekat jadi boleh la anda mencuba mana-mana restoran Fish&Chips yang kami kongsikan ini. Kalau sudah pergi jangan lupa bagi komen atau review. Selamat mencuba semua. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
maaf cakap cor blimey lagi sedap dari laman grill chef tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
x suka fish n chips yg guna breadcrumbs mcm no.4 tu... |
|
|
|
|
|
|
|
manhattan fish market? lol. no. |
|
|
|
|
|
|
|
To be honest, i rasa dekat Malaysia ni takde restaurant yg jual fish&chips yg betul2 sedap. Dekat overseas jgk yg sedap sebab tu dah kira 'makanan ruji' diorang kan. And i suka fish&chips dkt NZ! Sedap gila! Hari2 kot i makan |
|
|
|
|
|
|
|
teringin nak gi pekan stesyen sebab dekat ngan office
tapi tiap kali lalu nak menyumpah tengok orang parking camne
padahal parking berbayar dekat je, gigih nak parking tepi jalan |
|
|
|
|
|
|
|
cor blimey tu mcm menarik jer.. serius sedap ek @PongKang |
|
|
|
|
|
|
|
myakayina replied at 23-2-2018 10:46 AM
cor blimey tu mcm menarik jer.. serius sedap ek @PongKang
sedap dari restoren chef tu... not bad la masa aku makan |
|
|
|
|
|
|
|
cor blimey tuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
aku still rasa xde satu restoran kat malaysia yang fish & chip dia boleh lawan fish & chip yg aku makan kat restoran kailis, freemantle , perth aussie.....jauh beza... |
|
|
|
|
|
|
|
Jap lagi sis changa akn kuar mengutuk semua makanan kat ats tu....
Si changa kan pakar masak western food.... |
|
|
|
|
|
|
|
seafood grill dan fish n chip aku makan kat london dan santorini sedap gilos...resepi nmpk simple jer...tak tau apa dia bubuh mmg beza rasa dgn kat mesia ku chenta ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju. Even CB tu tak sesedap kedai f&c biasa di sini. |
|
|
|
|
|
|
|
i pernah makan fish and chip kat darling harbour sydney, dah lah ikan hidup lagi terus dia fillet dan goreng, mmg sedap nak mati hari2 i repeat tempat yg sama hahaha
|
|
|
|
|
|
|
| |
|